Nov
24th

Tips Urus Niaga Online

Author: admin | Files under Perniagaan Internet, Tips & Info

Salam,

Hari ini saya ingin berbicara tentang urusniaga online. Apa yang akan saya tulis ni mungkin agak ringkas kerana kalu terlampau panjang sangat karangan saya nanti mungkin boleh buat orang jemu untuk membacanya.

Baiklah, sebenarnya info ini khas untuk mereka2 yang baru menjejaki dan cuba2 untuk menjalankan urusniaga secara online. Mungkin ada diantara kita yang akan merasa takut2 atau ragu2 untuk melakukan sebarang transaksi melalui internet.

Berikut adalah tips untuk kita ikuti sebelum membuat sebarang transaksi :

  1. Sebelum membuat tempahan - Anda hendaklah membuat kenalpasti atau semakan sebelum melakukan sebarang tempahan,mengenai butiran akaun, nama akaun pemilik dan status pemilik akaun tersebut (sekiranya ientiti beliau dirahsiakan). Apa yang perlu, semak butiran menggunakan google.com dan cari (track) nama belia, nama produk beliau dan kenali beliau terlebih dahulu.
  2. Pengesahan bayaran - Selepas membuat bayara, pastikan anda membuat pengesahan bayaran. kebanyakan IM (internet marketer) ada menyediakan borang pengesahan mengenai butiran bayaran yang dilakukan. Dengan cara ini pengusaha dapat mengenalpasti siapa yang membuat pembelian produk mereka dan seterusnya membuat penghantaran produk kepada anda. Pastikan segala butiran anda lengkap.
  3. Butiran mengenai produk - Pastikan anda menyediakan email yang betul samada dari yahoo.com ataupun gmail.com. Adalah dilarang sama sekali menggunakan email syarikatkerana kebanyakan email syarikat akan menapis email2 dari luar.
  4. Procedur Email - Email yang dihantar ke penjual hendalah lengkap dan elakkan dari menggunkan ayat2 ringkas. Sebarang pertanyaan hendaklah dijelaskan bagi mengelakkan kekeliruan ataupun ketidakfahaman penjual mengenai kehendak pembeli.

Itulah serba ringkas yang dapat saya kongsi. Mungkin dilain episod saya akan menambah dengan lebih detail lagi. Semoga ianya berguna untuk kita semua demi melakukan transaksi online. Bye.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory