Salam,
Ramai dikalangan penduduk di Malaysia berurusan dalam jual beli di internet. Antaranya adalah untuk urusan jual beli online samada di ebay, lelong, mahu pun amazon. Dan banyak juga jual beli yang dilakukan untuk pembelian-pembelian kecil di blog-blog atau di website. Kebanyakan urusan adalah melalui transaksi paypal. Lebih-lebih lagi kalau website itu berpangkalan di luar Malaysia.
Paypal, merupakan satu alternatif untuk masyarakat dunia membuat pembelian dan jualan dengan cepat dan selamat. Paypal juga merupakan satu alat pembayaran melalui internet untuk urusan jual beli tanpa perlu mendedahkan no kad kredit atau pun maklumat kewangan. Kebanyakan Internet Marketer menggunakan Paypal untuk urusan bisnes mereka. Ianya sama seperti konsep bank-bank di dunia.
Beberapa kelebihan menggunakan paypal :
- Selamat : mempunyai security yang mantap dari dicerobohi.
- Cepat : Pembayaran dilakukan serta merta.
- privacy : Paypal menyimpan segala maklumat kewangan kepada penjual.
- Mudah : Menghantar & membuat pembayaran hanya dengan beberapa klik.
- Global : Diterima hampir ke seluruh dunia samada di Malaysia mahupun antarabangsa.
- Dipercayai : Mengetuai dalam industri membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.m
- Berkesan : Ianya percuma dan sesuai digunakan dalam pelbagai jenis perniagaan.
Berbalik kepada RHB bank, ia merupakan bank yang pertama menjalankan transaksi untuk menghantar wang ke akaun paypal anda atau akaun paypal orang lain. Sebelum ini tiada satupun bank tempatan yang membuat transaksi penghantaran wang ke akaun paypal. Yang ada cuma penerimaan wang dari akaun paypal ke akaun bank anda sahaja.
Satu berita yang cukup menggembirakan semua pengguna akaun paypal yang mana kebanyakan orang tidak tahu bagaimana nak tambah nilai dalam akaun paypal mereka. Maka, lepas ini mudah lah segala urusan jual beli di internet. Selain itu, ia juga akan memudahkan anda untuk melakukan pembayaran untuk sebarang urusniaga anda di dalam dunia internet sekiranya penjual itu tidak menerima cara pembayaran melalui sebarang cara lain selain paypal.
Yuran perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM1 untuk pemindahan wang dalam matawang Ringgit Malaysia dari akaun RHB ke akaun Paypal. Sementara RM8 adalah untuk yuran perkhidmatan untuk pemindahan wang kepada sebarang matawang lain selain Ringgit Malaysia dari akaun RHB ke sebarang akaun Paypal. Had maksimum yang dibolehkan untuk transaksi ini sebanyak RM3,000 atau matawang yang sama nilai dengannya dalam sehari.
Maka dengan kata lain, tidak ada sebarang alasan mengapa anda tidak boleh menjalankan perniagaan internet, lebih-lebih lagi yang menggunakan akaun Paypal. Jom ramai-ramai serbu RHB Bank.
Wassalam.














Feb 13, 2011 at 11:29:21
nak dapat/ beli USD paypal kat malaysia ni agak senang tapi kalau nak jual agak susah. tak ade/ susah nak cari online trader yang nak beli below USD50. kalau bank caj proses tinggi dan perlu beberapa hari.
Mar 13, 2011 at 11:06:52
yess!! jumpa gak info tentang rhb bank utk connect dgn paypal ni.tq bro
May 12, 2011 at 10:19:14
Sama2 bro..insyaallah..
Jun 18, 2011 at 02:35:22
As salam bro, mcmana pulak nak berjualbeli dalam ebay ?