Nov
23rd

Perniagaan Internet - Skim cepat kaya

Author: admin | Files under Perniagaan Internet, Tips & Info

Salam,

Penggunaan internet pada masa sekarang amat meluas sekali bahkan boleh dikatakan kebanyakan rumah ada menggunakan internet sebagai medium untuk berurusan dengan dunia luar. Malah telah banyak yang menggunakan internet untuk menjana pendapatan sampingan mahupun pendapatan tetap dengan memulakan perniagaan internet.

Dengan pertambahan bilangan ini menarik minat ramai pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak yang kurang arif  dengan konsep perniagaan internet untuk menjerat mereka2 yang naif dan masih baru dengan tipu helah di internet.

Pada saya perniagaan internet sebenarnya adalah berkonsepkan keusahawanan sejati. Penggabungan landskap keusahawanan tempatan sejajar dengan perkembangan masyarakat antarabangsa.

Apa yang nak saya paparkan, terdapat skim2 yang semakin popular dan menawarkan wang mudah dengan cara :
- baca email dapat duit
- surf dapat duit
- pelaburan berpulangan tinggi

Apakah skim2 itu?
1. Paid to Read
- tengok iklan dapat duit. Apa yang perlu, kita cuma klik iklan2.
- baca email pun dapat duit. Terima email dan hanya baca.
2. Autosurf
- Konsep yang sama dengan Paid to Read. Keuntungan diterima dari yuran anda untuk iklan2.
3. Randomizer / Piramid
- Anda bayar sejumlah wang, dan email anda diletakkan dalam senarai. Setiap ahli baru masuk, ahli lama dibayar secara rawak/random
4. Sistem Affiliate Palsu
- Satu sistem yang sah tapi telah disalahgunakan kerana untuk mencari untung segera dengan menjual produk2 lapuk.
5. Variasi Skim-skim Tersebut
- Skim yang menawarkan imbuhan dalam bentuk peratus dari yuran ahli. eg:  1% 1 hari, 2% 1 hari etc.
- Untuk ganjaran ahli diminta mencari downline atau simpan wang dalam dana untuk sejumlah hari.
- Sistem ini dikenali sebagai Ponzi ( skim pelaburan yang mendapat pulangan dividen dari wang yang dilabur oleh pelabur baru dan menawarkan untung jangka pendek ).

Memandangkan semua dari kita memang nak cepat mendapat untung, adalah lebih baik kita semua buat kajian dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Jauhilah skim2 yang hanya membuatkan kita rugi dan membuang masa.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

2 responses. Wanna say something?

  1. User Gravatar
    Malaysia web design
    Aug 24, 2009 at 11:49:17
    #1

    was-was lah benda macam ni

  2. User Gravatar
    yuzmir
    Sep 9, 2009 at 01:48:02
    #2

    skim-skim diatas tu memang patut dielakkan…
    kalau was-was saja tak jadi…
    dah memang nyata skim diatas itu tak boleh dipakai…
    so, elakkan terus…
    banyak lagi perniagaan internet secara telus…
    cuma kena buat kajian lebih sikit…

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory