Salam,
untuk makluman semua, sekarang musim hujan. Diharap sentiasa berwaspada ketika musim ini. Walaupun ianya hanya hujan, namun masih boleh membawa kepada malapetaka ataupun bencana yang tidak diduga kita. Tanah runtuh…Banjir… Kemalangan jalan raya…Semuanya tanpa kita duga. Tapi tu semua yang mungkin terjadi di musim hujan. Tapi ada masalah lain juga yang timbul yang boleh membuatkan kita semua termenung panjang, kena molek menangis pun ada. Huhuuuu…
Hutang. Ya, satu masalah yang pasti semua orang ada. Tidak dapat tidak, ada. Baik yang miskin mahu pun yang kaya. Tapi hidup akan lebih bermakna jika tiada hutang. Namun, adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Bagaimanapunpersoalan yang timbul adakah kita mampu untuk membeli keret, rumah dan lain2 perbelanjaan mahal secara tunai? Bayangkan berapa lama kita harus menyimpan bagi memenuhi hasrat kita? Nak tak nak terpaksa meminjam wang.
Adalah dianggarkan sembilan dari sepuluh penduduk Malaysia ini mempunyai hutang. Adakah ia mampu dikawal? Apakah pendapatan bulanan kita cukup untuk membayar hutang itu? Ataupun ia telah terlalu banyak sehingga tidak mampu lagi membayar dengan hanya pendapatan bulanan sekarang? Dengan itu bermulalah kehidupan baru, iaitu perlu mencari sumber pendapatan baru. Dengan lain perkataan hidup kini hanya untuk membayar hutang.

Perancangan yang berjaya perlulah dibuat dengan teliti yang mana membolehkan kita melabur dan merancang hutang2 kita yang sedia ada. Barulah dapat membentuk kekayaan.Wow…Tapi ramai yang gagal dalam membentuk kekayaan disebabkan dibelenggu hutang. Masyarakat Malaysia amnya, masyarakat melayu khususnya, kalau boleh tak nak meminjam. Ya, saya percaya. Tapi kalau dah meminjam timbul pulak masalah tidak mahu membayar balik. satu sikap yang amat teruk. Alangkah bagus kalau kita semua mempunyai sikap ( kalau dah berhutang ) membayar hutang kita dengan kadar segera. Ini lah kegagalan dalam menguruskan hutang dengan baik dan ramai yang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama mimbina kekayaan.
Sebenarnya tak susah untuk uruskan hutang. Cuma pastikan pembayaran minimum dibuat setiap bulan. Itu pun jika keadaan terlalu genting. Penstrukturan semula hutan boleh dibuat bila masa atau keadaan membenarkan setelah pembayaran minimum dibuat. Jika perancanagn yang betul dilaksanakan pembayaran bulanan seharusnya tidak hanya berbentuk minimum. Bagaimana pun pembayaran minimum adalah penting bagi mengelakkan kita tersenarai dibawah lewat bayar.
Di Malaysia, sistem penyemakan hutang dan penyenaraian hitam dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia yang dipanggil CCRIS ( credit checking references institutional system ). Melalui sistem ini segala maklumat pinjaman dan penyenaraian hitam iberi oleh kesemua institusi kewangan malaysia ke pusat pengendalian di Bank Negara. Satu lagi bentuk semakan biasa di bank2 adalah menerusi CTOS. Ia akan menjelaskan kedudukan kedudukan dan taraf kebankrapan seseorang. Kedua2 sistem ini adalah cekap dan agak mustahil untuk dibolosi. Sekiranya nama atau identiti anda terdapat dalam sistem maklumat berkomputer ini, adalah mustahil untuk anda berurusan dengan mana2 bank di Malaysia.
Fikir2kanlah sebelum kita semua berhutang. Adioosss….























1 Trackback(s)