Salam,
Apa khabar semua? Sebelum kita pergi kepada tajuk di atas adalah lebih baik kita semua berdoa agar saudara kita di Palestin dilindungi oleh Allah dari kekejaman tentera zionis yang semakin menggila di bumi Gaza. Amin.
Dan esok 17 Januari 2009, kepada warga Kuala Terengganu jangan lupa keluar awal pagi untuk menunaikan tanggungjawab kita semua di Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu untuk kita pilih calun suara kita di Parlimen. Undi anda rahsia. Undilah kepada wakil yang benar2 jujur dan ikhlas dalam menangani segala masalah rakyat Malaysia.
Berbalik kepada pos diatas, mungkin ramai yang telah mengetahui apa itu blog. Mungkin ada yang berkata “eleh, ape ke bodoh, blog pun tak tahu?”. Ya betul, itu merupakan orang yang cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula dengan orang yang baru mengenali dunia internet? Ramai di dunia ini malah di Malaysia pun masih ramai yang belum tahu apa itu blog. Contohnya di tempat kerja saya sendiri ( salah sebuah syarikat internasional dan profesional ), lebih kurang 65% tidak tahu apa itu blog yang sebenar2nya. Dan saya akan menerangkan seberapa mungkin apa itu blog.

Blog ialah sebutan ringkas dari weblog. Dari segi maksud blog ialah sebuah laman web, tetapi dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja membinanya walaupun tidak memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam. Blog mengandungi maklumat, pemikiran atau pendapat seseorang dan ia juga merupakan satu journal online ataupun diari tak rasmi penulis blog yan dikenali sebagai blogger. Blogger ialah pengendali blog yang boleh berkomunikasi secara interaktif dengan pengunjung blog.
Antara perkara penting mengapa sesuatu blog itu dihasilkan ialah :
- Ianya dapat ditulis dan dikendalikan dengan senang dan percuma.
- Blog merupakan luahan ataupun cetusan bicara oleh penulis yang boleh ditulis apa sahaja untuk tatapan pengunjung blog.
- Blog yang menarik juga boleh menghasilkan pulangan tunai.
- Dihasilkan untuk perkongsian maklumat, pendapat dan minat.
- Mudah dikemaskini dan bersifat interaktif.
- Cara penulisan yang tidak rasmi dan ianya lebih kepada pandangan, idea atau kritikan.
Ramai usahawan internet telah beralih kepada blog yang mana lebih mudah untuk mereka memberi penerangan yang lebih jelas dan detail mengenai apa yang ihasilkan dan dipasarkan.
Blog adalah lebih mudah untuk dikemaskini dan mengandunggi banyak pautan untuk sumber maklumat lain. Kandungan yang ditulis dan dihantar secara berkala dan disusun mengikut kronologi yang yang terbaru. Ciri2 utama yang terkandung dalam sesebuah blog :
- Kandungan Utama - Isi sebenar blog yang dihasilkan oleh penulis blog atau blogger.
- Pautan ke RSS Feed - Satu pautan yang membolehkan pembaca melanggan kandungan blog secara percuma.
- Tarikh dan Masa - Kandungan atau isi blok dihantar mengikut tarikh dan masa terkini sebagai panduan.
- Permalink - Singkatan daripada ‘permanent link’ yang merupakan alamat url atau link yang permanent tentang sesuatu posting. Pautannya dalah tetap dan tidak akan merubak url blog tersebut.
- Komentar ( Comment) - Pembaca dapat memberikan komen terhadap post kandungan yang dihantar oleh blogger.
- Trackback - Satu senarai laman web dan blog lain yang dipautkan dengan kandungan blog. Semakin banyak trackback semakin popular kandungan blog itu.
- Blogroll - Senarai blog2 kegemaran blogger.
- Arkib ( Archives ) - Senarai pautan kehalaman yang menyimpan kandungan2 terdahulu dan disimpan mengikut bulan berdasarkan tarikh ia dihantar.
Antara kebaikan dan faedah dari blog ialah anda boleh menghantar profil diri, pendapat dan pandangan, rencana sesuatu topik, berita terkini, peristiwa ataupun produk yang secara tidak langsung dapat menarik perhatian pengunjung blog. Blog peribadi amnya seseorang meluahkan perasaan mereka untuk dikongsi dan menanyakan pendapat bersama ahli2 komuniti, ianya juga menjadi diari yang mencatatkan perjalanan kisah seseorang dan tempat untuk menyimpan maklumat peribadi secara online.
Bagaimana pula dengan blog perniagaan? Ianya dapat menarik pengunjung blog pada asalnya kepada pembeli ataupun pelanggan. Banyak faedah bagi blog perniagaan ini. Antaranya, dengan blog boleh kita kenali siapa disebalik tabir blog dan senang berurusan jika kita tahu siapa pemilik blog. Pelanggan dapat memberikan komen tentang produk yang dihasilkan dan interaktiviti blog pula dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelanggan. Blog juga boleh dipromosi dengan mudah dan pantas menerusi kemudahan RSS Feed.
Antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ;
Dengan penerangan serba sedikit saya ini mungkin akan timbul rasa minat kepada mereka yang belum lagi mempunyai blog sendiri dan dapat mencari identiti yang tersendiri. Ayuh kepada yang belum menyertai komuniti blog. Bersama2 kita semua memajukan industri blogging.
p/s : nak balik mengundi di P36 Kuala Terengganu. Undilah dengan ketelusan hati. Pilih yang terbaik dari yang terbaik. Ingat…Undi anda RAHSIA.























Jan 17, 2009 at 11:47:47
Masa pilihanraya umum tahun lepas, ada suara yang mengatakan kerana kuasa Blog lah, penguasaan kerajaan BN sebanyak 2/3 dinafikan. Itulah kekuatan blog sebenarnya..
Jan 18, 2009 at 01:50:17
Bagus info ni terutamanya untuk new comer..
Jan 18, 2009 at 14:23:38
Jangan pandang rendah dengan kemampuan blog. Kristian pun da dapat memurtadkan beberapa pelajar melayu melalui blog.
Jan 18, 2009 at 22:00:15
Blog adalah segala2…Kebaikan & keburukan dunia dapat dicari melalui blog…Just tepuk dada tanya selera apa yang kita pilih…Silap langkah naya…
“Jika anda benar2 pasti bahawa diri anda benar, anda tidak perlu bimbang atau risau apa dunia fikir tentang anda” - Napoleon Hill
Jan 19, 2009 at 12:25:42
Seeloknya gunalah hosting yang berbayar untuk membina blog. Nama pun free, pastinya funtionnya limited. Skang nie pun, ramai dah celik dgn kehebatan n kepentingan blog….
Jan 20, 2009 at 09:34:59
Blog adalah medium saluran maklumat terpantas masa kini. Peranan blog dalam penyampaian maklumat memang tidak dapat disangkal lagi dan menjadi pilihan bagi individu mahupun syarikat atau organisasi dalam menyampaikan mesej berkaitan.
Jan 31, 2009 at 10:25:41
Terima Kasih atas maklumat tersebut.Blog memang menarik untuk mencuba.
Feb 11, 2010 at 03:07:25
Hey, what we can find out? Same kind of supreme facts referring to this post I utilized for article submission.