Salam,
Dah lebih seminggu rasanya tak menulis di blog ni. Ni pun rase nak jugak buat post. Walaupun terlampau sibuk dengan tugas di tempat kerja. Maklum la, ‘plant shutdown’. Dah masuk seminggu saya masuk kerja jam 0700 dan balik umah 0000. Cuma hari ni je balik jam 2000. Letih sangat2. Komitmen kerja jangan diabaikan. Nak jadi pekerja terbaik contoh la katakan.
Sebenarnya masa kat site petang tadi, rakan sekerja saya ada mengadu tentang hidup dan kewangan dia yang terumbang-ambing. Jadi saya bagi la sedikit nasihat yang setakat saya tahu. Maklum la saya bukan pakar dari bidang kewangan tapi engineering. Bagaimanapun, saya tau la serba sedikit dari penasihat kewangan saya. Sedih jugak dengar cerita member saya tu. Apa yang mampu hanya bagi beberapa tip yang mungkin dapat dijadikan panduan untuknya. Maka terpanggil la saya menulis post ni.
Beberapa kesilapan dalam menguruskan duit. Huhu…Kenapa boleh terjadi? Ia disebabkan oleh kegagalan perancangan kewangan yang betul. Apa maksud perancangan kewangan? Satu proses seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Dan apa yang penting perancangan dalam pengurusan untuk aliran tunai ataupun untuk perbankan. Memandangkan ekonomi sekarang pun teruk, tidak dapat tidak kita semua kene ada satu perancangan yang terbaik.

Berbalik kepada tajuk asal, kesilapan dalam menguruskan duit kita, banyak faktor2 yang membuatkan kita semua gagal dalam mengurus duit sendiri. Perlulah membuat sedikit kajian dalam pengurusan ini. Dan saya akan berikan tips-tips mengapa ada puluhan ribu dari kalangan kita yang gagal dalam melaksanakan pengurusan duit yang berjaya. Ianya hanyalah kesilapan umum sahaja dan semestinya perlu dibuat kajian dengan kadar segera :
- Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit ( hutang ). Saya percaya ramai yang masih tidak paham akan apa itu hutang dengan secara detail. Bagaimana cara untuk menghapuskan hutang. http://proinfo2u.com/blog/tips-info/penghapusan-hutang
- Pelaburan yang salah dan nak cepat kaya. Fuuuhhh…Sapa yang tak nak cepat kaya kan? Saya pun. Sekarang ni banyak sangat program2 ataupun skim2 yang menawarkan pelaburan dalam jangka masa pendek. Kaji dahulu skim tu. Banyak sangat yang tipu. Kalu boleh dapatkan detail tentang syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan kita skim2 tersebut.
- Suka menangguh untuk merancang kewangan yang sistematik. Nak rancang kewangan pun susah. Bukan untuk orang lain pun. The best solution yang simple adalah dengan merekodkan perbelanjaan harian kita dalam buku tiga lima ( buku kecil 555 ). Dikenali sebagai CMS ( Cashflow Management System ). Simple tapi sangat berkesan.
- Gagal menyimpan. Memang semua orang ada tanggungjawab masing2 terhadap keluarga mahupun diri sendiri. Tapi apa terjadi kalau kita tidak mempunyai simpanan? Tak dapat nak bayangkan kesusahan itu ( Dulu2 saya pun melalui juga ). Bagi saya simpanan amat penting untuk meneruskan saki baki kehidupan kita di dunia. Bagi saya simpanan yang terbaik dibuat adalah di ASB. Bukan setakat simpan tapi melabur. Dividen pun dapat. Opocot-pocot. http://proinfo2u.com/blog/tips-info/tip-langkah2-perancangan-kewangan-yang-ideal
- Tiada matlamat kewangan. Sama la macam tiada matlamat hidup. Bagi mati je la kan?Duit tak pernah cukup, nak sara diri dan keluarga pun payah. Nak beli kereta, tapi tak buat simpanan. Nak kahwin, tak jugak buat simpanan. Susah…susah…mengabiskan boreh ajo.
- Kejahilan tentang konsep nilai masa ( time value ) wang. Ngko tak paham? Aku pun tak paham. Muahahaaa…Senang citer, wang kita ada sekarang ( RM1,000 ) tidak sama nilai ( RM1,000 ) pada 5 tahun akan datang. Kenapa? Kepada yang tahu menilai akan simpan di premis yang dalam masa yang sama melabur wang kita dankita dapat faedahnya. Mungkin bertambah kepada RM300. Maka wang kita pada 5 tahun akan datang jadi RM1,300. Kalu dah jahil?5 tahun akan datang hanya ada apa yang dia ada 5 tahun sebelum ni ( RM1,000 ).
- Kegagalan menangani musuh utama wang iaitu inflasi. Inflasi bermaksud peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi.
- Keengganan menggunakan perkhidmatan perancang kewangan / penasihat pelaburan bertauliah. Bagi saya adalah penting untuk kita mendapatkan penasihat kewangan / pelaburan peribadi untuk menstrukturkan perjalanan kewangan kita dengan ada hala tuju dan matlamat. Tapi terlebih dahulu pastikan perancang kewangan / penasihat pelaburan kita itu bertauliah dan tidak hanya mengurus bahkan mencipta kekayaan menerusi innovasi dan asset sedia ada secara kreatif melalui penstrukturan semula, pemantauan dan kajian semula pelan kewangan peribadi individu. Jangan tertipu dengan perancang penipu. Banyak sangat yang ambil kesempatan.
Itulah serba sedikit yan dapat saya kongsikan bersama untuk dijadikan panduan kita semua dalam pengurusan kewangan kita. Buat sedikit kajian terhadap kesilapan2 yang saya tulis diatas dan jangan lupa untuk mengimplementasikan dengan segera. Ingat, bukan senang nak senang. Insyaallah dilain episod kalu ada sedikit ilmu di dada saya ni akan saya kongsikan lagi. Yang penting kita semua berjaya dalam hidup.
Wassalam.














Jan 9, 2009 at 12:26:19
ini baru sikit.. kalau di olah mahu jadi satu buku nie
Jan 11, 2009 at 00:15:31
ilmu kene bagi sikit2 je PM…
baru masuk penuh…
kalu masuk banyak2 mahu overload…
tak larat nak tampung…
Jan 11, 2009 at 00:37:06
aku pn masa bujang dulu jenuh gak. maklum la asyik berjoli. sekarang dah kawen kira ok la sikit. pikir masa depan anak bini kena uruskan kewangan dengan lebih teratur.
Jan 11, 2009 at 15:11:46
Sebenarnya kadangkala pengalaman yang mematangkan cara kita berbelanja dan uruskan soal kewangan
Jan 15, 2009 at 00:45:28
masalah kewangan ni kalu kita mampu mengawal nafsu sedikit sebanyak akan dapat diatasi…yang tak tahan suka berhutang untuk dapatkan sesuatu…kalu tahan dan simpan pasti dapat jugak…cash lagi…
Feb 24, 2009 at 13:16:16
yuzmir, tkasih sudi kongsi info. Boleh rekomenkan perancang kewangan yang boleh dipercayai.
Feb 24, 2009 at 16:42:07
mekaseh hilda…info ni sebenarnya untuk semua…sila2 la slalu melawat blog niii…
Aug 27, 2009 at 10:57:52
Terima kasih menyiarkan tips di atas yang saya tulis dalam ruangan “Mengurus Kewangan” dalam Mingguan Wanita. MW kemudiannya membukukan artikel-artikel saya dalam bentuk buku “Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang”. Sejak itu beberapa forum termasuk BicaraJutawan telah menyebarkan maklumat ini. Senarai buku-buku saya yang lain diberikan di bawah.
Sunthara Segar H/P: 0178719444
http://www.suntharasegar.com
Certified Financial Planner ,Registered Financial Planner
Certificate in Islamic Financial Planning
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis dan Penyunting kompilasi artikel MW - Buku Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
4) Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful
5) Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah
Dec 11, 2009 at 04:07:32
Keengganan menggunakan perkhidmatan perancang kewangan / penasihat pelaburan bertauliah. Bagi saya adalah penting untuk kita mendapatkan penasihat kewangan / pelaburan peribadi untuk menstrukturkan perjalanan kewangan kita dengan ada hala tuju dan matlamat. Tapi terlebih dahulu pastikan perancang kewangan / penasihat pelaburan kita itu bertauliah dan tidak hanya mengurus bahkan mencipta kekayaan menerusi innovasi dan asset sedia ada secara kreatif melalui penstrukturan semula, pemantauan dan kajian semula pelan kewangan peribadi individu. Jangan tertipu dengan perancang penipu. Banyak sangat yang ambil kesempatan. sumpah ayat sama dgn azizcfp ( bekas anak buah ke,tapi nape macam ni.wat duit ke )mantap.kasi henjut.jangan serong bero
Dec 16, 2009 at 14:30:23
Sy merupakan pembaca setia Majalah Wanita dan kolum Mengurus Kewangan adalah adalah salah satu bab wajib baca.Dan sy dah membeli buku hasil tulisan en Sunthara ‘BIJAK URUS WANG KUNCI BEBAS HUTANG’.Byk info yg berguna,menarik untuk di jadikan panduan.
Dec 26, 2009 at 22:27:59
@penipu : jangan rase hebat kalu ilmu penuh di dada…kalu dh terasa sangat hebat ayuh sharing la…takkan luak duit sedara tu…
@pn yt : hebat…teruskan cari ilmu…nanti bila dh dapat banyak ilmu tu bley la sharing sama2…tolong2 la orang kita yang masih ramai di luar sana tu yang sering di tipu…insyaallah…
Feb 1, 2010 at 21:30:41
tolong bagi jalan & cara untuk mengurus kewangan dan menambah kewangan berserta contoh2 dan simulasi seperti OD,sambil menyelesaikan hutang secara x langsung, x juga ikat perut tapi dapat juga tambah pendapatan
Feb 12, 2011 at 07:10:23
I guess that to receive the mortgage loans from creditors you ought to present a good reason. However, one time I have received a collateral loan, just because I was willing to buy a bike.