Salam,
Dah seminggu saya tak update blog ni. Sebenarnya saya pi kursus. Tapi bukan kursus internet mahupun yang seangkatan dengannya. Tapi kursus keje yang dihantar oleh majikan saya. Lagi pun sayatak bawak laptop saya untuk update dengan sistem wifi yang disediakanoleh pihak hotel. Maklum la. Berkursus sambil bercuti untuk hilangkan stres kerja. Dalam masa yang sama boleh la saya fikir post untuk blog ini.
Apakah perniagaan internet? Perniagaan internet ialah perniagaan yang dijalankan secara online, dimana pelawat didedahkan dengan iklan2 produk yang dapat menarik perhatian pelawat melalui laman web yang dibangunkan. Kemudian pelawat tersebut membeli barang dengan membayar secara online, pos ataupun bank-in. Produk yang dipesan akan di pos dalam tempoh masa tertentu kepada pelanggan.

Apakan kelebihan perniagaan online berbanding perniagaan offline :
- Kos Murah - Untuk memulakan perniagaan internet, hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 atau kurang berbanding dengan perniagaan offline yang memerlukan modal sekurang2 RM50,000 bai membuka sebuah kedai runcit.
- Perniagaan Sepanjang Masa - Dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti. Tidak perlu memasang komputer anda sepanjang masa kerana laman web anda menggantikan anda bekerja 24 jam.
- Kurang Risiko - Risiko kerugian untuk kegagalan web adalah kurang berbanding kedai runcit. Untuk membangunkan sebuah laman web perniagaan, modal yang diperlukan hanya sekitar RM400 - RM800. Jika rugi pun cuma dalam RM400 - RM800. Gagal dalam kedai runcit bermakna rugi hampir RM50,000.
- Bekerja Dari Bilik Tidur - Merupakan kerja sambilan anda dan perlu memperuntukkan masa hanya 2-3 jam sehari untuk menguruskan email, tempahan dan kemaskini web hanya dari bilik tidur.
- Pelangan Dari Seluruh Dunia - Walaupun anda menjalankan perniagaan internet secara sambilan, secara realitinya perniagaan anda bertaraf antarabangsa iaitu bersifat global. Pelanggan-pelanggan anda adalah dari seluruh pelusuk dunia.
- Tidak Perlu Jumpa Pelanggan - Anda tidak perlu berjumpa dengan pelanggan. Hampir segala-galanya dari membalas email, menerima tempahan dan promosi dilakukan secara automatik. Jika ada sebarang masalah anda hanya perlu berkomunikasi dengan pelanggan melalui email, chat atau pun Yahoo! Mesengger! Terlalu mudah bukan?
- Tidak Perlu Menyewa Pejabat - Hanya perlukan peralatan yang asas seperti set komputer, talian internet dan juga stok. Rumah anda adalah pejabat anda.
- Tidak Perlu Memohon Lesen - Semua perniagaan yang dijalankan secara offline memerlukan lesen berniaga dari Pihak Berkuasa Tempatan walaupun berniaga di Pasar Malam. Berbeza dengan perniagaan internet tanpa memohon sebarang lesen sehingga kini. Malah sesiapa sahaja boleh melakukannya.
- Boleh Menjual Lebih Satu Produk - Memandangkan perniagaan internet ini dilakukan hampir kesemuanya automatik, maka anda boleh membuka peniagaan internet lebih dari 1 produk. Sekaligus ia merupakan cabang mengembangkan perniagaan anda. Tetapi, awas! Jangan terburu-buru memulakan perniagaan. Buatlah dengan perancangan yang teliti.
- Pendapatan Dalam US Dollar - Bayangkan jika perniagaan anda dalam bentuk USD? Pendapatan anda juga dalam bentuk USD. jika produk yang anda jual RM47 / US47? Di Malaysia, anda menerima RM47 sahaja tetapi di luar negara anda menerima hampir RM173.90! Lebih dari 300% harga asal.
Dengan terteranya kelebihan2 diatas, maka dapatlah memberi anda semua serba sedikit keterangan apa itu perniagaan internet. Tak rugi jika kita mencuba. Saya pun dalam proses belajar dan belajar. Sama2 kita menuju ke alam kejayaan. Adiossss…























Dec 25, 2008 at 14:51:47
Perniagaan Internet memang mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding perniagaan konvensional, tetapi asas perniagaan adalah sama. Kena berusaha gigih untuk berjaya. Rezeki takkan datang bergolek. Itu hakikat yang tak dapat dinafikan.
Dec 25, 2008 at 23:28:37
Ya…setuju dengan olie…tanpa usaha, takkan membuahkan hasil…Dalam masa yang sama jangan lupa teruskan usaha & belajar untuk mencapai impian kita…
Jan 21, 2009 at 22:16:14
paling best pada aku tentang perniagaan internet ni, ialah masa yang fleksibel…
xde kekangan langsung…
fuhh, layan je kan buat duit sambil ngadap pc…
Feb 1, 2009 at 20:03:30
pokoknya banyak kelebihan dengan perniagaan internet ni…
tapi kene tetapkan fokus kita dulu…
kalu dah banyak sangat nanti tak sempat lak nak layan…huhuuu…
Aug 27, 2009 at 15:13:10
saya kurang percaya lah perniagaan internet ni
Nov 26, 2009 at 23:51:24
perniagaan internet memang boleh buat pendapatan.. tapi mestilah dengan teknik yang betul… imabiz pun masih belajar dan terus belajar untuk bisnes online…
Dec 3, 2009 at 22:07:00
imabiz,
betul tu…teknik mesti mau betul…
saya pun masih belajar dan terus belajar…