Jul
4th

Keistimewaan Produk PLR dan MRR

Author: admin | Files under PLR / MRR, Perniagaan Internet, Ebook, Tips & Info

Salam,

Sejak kebelakangan ini saya menjadi agak pasif sedikit untuk meng’update’ blog ni. Ntah la. Jadi malas la plak. Mungkin disebabkan bebanan kerja yang bertimbun-timbun. Belum selesai yang sedia ada, datang lagik yang lain. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang menyebabkan saya menjadi lemah, mengantuk tak kira masa. Tekanan darah pun turun mendadak. Fuuuuhhh. Bahaya betul. Tapi saya kuatkan jugak la untuk update serba sedikit setakat yang mampu.

Kali ni saya nak share  apa itu produk PLR dan produk MRR. Yang kompom ramai yang tahu, tapi yang tak tahu lagi ramai. Baiklah, terlebih dahulu, mai kita mengenal apa itu PLR dan MRR.

1. PLR ( Private Label Right ) - Merupakan produk yang dibenarkan oleh penulis asal untuk anda mengubahsuai isi kandungan, e-cover, web jualan dan menjenamakan semula produk tersebut serta meletakkan anda sebagai penulis atau owner. Produk ini juga boleh dijual semula. Secara umumnya, pelanggan produk PLR dibenarkan:
• Mengubah tajuk produk (termasuk ecover)
• Mengubahsuai isi kandungan
• Menjual semula produk
• Mengakui sebagai pencipta / penulis
• Memberikan sebagai Bonus
• Mengakui copyright / hakcipta

Produk PLR ini terbahagi pula kepada 2 jenis iaitu :

  1. Unrestricted PLR ( UPLR )
  2. Restricted PLR ( RPLR )

Perbezaan antara produk ini UPLR diberi kebebasan kepada anda yang memilikinya untuk mengubah sehingga 100% mengikut budi bicara mereka. Manakala produk RPLR pula tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penerbit seperti tidak boleh dijual di laman-laman lelong seperti eBay, tidak boleh diberi percuma kepada pelanggan kita dan dll mengikut penulis.

2. MRR ( Master Resale Right ) -  Merupakan produk yang anda hanya boleh letakkan nama anda disamping penjual atau penulis dan perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk sebarang pengubahsuaian adalah ditentang dan diharamkan sama sekali.

Bagi saya, kedua-dua produk ada pro dan kontra yang tersendiri. Tapi yang pasti produk PLR ni cukup-cukup lumayan kerana sesiapa yang tahu menghargainya akan menghadirkan duit didalam akaun. Huhuuuu. Pasaran target yang baik adalah pasaran antarabangsa. Dan saya percaya ramai otai-otai IM di Malaysia sendiri yang masih lagi mengaut keuntungan hanya melalui penjualan produk PLR dan MRR ini. Try la survey-survey. Kompom punye.

Ok, jom kita lihat apa keistimewaan yang dapat buat untung dengan hanya menjual produk ini :

  1. Produk informasi dan digital - Ramai pengguna sekarang lebih sukakan produk yang tidak memerlukan kos dan caj penghantaran.
  2. Memenuhi kehendak pasaran antarabangsa - Niche yang pelbagai yang tidak hanya menumpukan buat duit semata-mata. Contohnya seperti kesihatan, hobi, masakan, perniagaan, motivasi dan lain-lain.
  3. Persaingan yang rendah - produk yang dikeluarkan tak banyak dipasaran dan ramai yang tak pasti bahawa produk itu boleh boleh di ubah-ubah.
  4. Untung besar - Sesiapa yang pandai nilai dan pandai buat duit dengan produk ini pasti la untung besar kan??huhuu…
  5. Pasaran meluas - Itu dah semestinya. Internasional kan? Ramai yang mencari. Kalau kene cara, produk kita berada diranking 1-10 google, kompom berduyun-duyun yang nengok.
  6. Boleh diubah suai - ( untuk PLR ) sahaja.

Mana nak cari ye? Ala senang aja, pakcik google la. Just search kat google. Contoh : Free PLR Product. Lepas tu pilih mana yang terbaik dan jangan lupa pastikan lesen yang disertakan dan fahami terma dan syarat kalau ada.

Setakat ni je la dulu, dilain post akan datang saya akan kongsikan teknik-teknik atau tips untuk membuat duit dengan produk ini. Ops lupe. Produk ni ada yang free dan ada yang berbayar. Dan yang pasti, yang kualiti tinggi tu adalah yang berbayar. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikun.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory