Salam,
Pekabar semua? Moga sihat sentiasa. Maklum aje la musim sekarang ni macam2 penyakit yang melanda. Ada yang demam, sakit kepala, selsema. Jadi cepat2 la jumpa doktor. Saya sendiri pun dah 5 hari demam. Dalam demam2 pun sempat lagi pi kursus kat Legend Hotel, KL. Semalam baru sampai. Demam pun pi kursus. Nak buat camane. Tugas. Zaman gawat2 ni kene follow je ape bos suruh. Kepada rakyat Perak tu banyak2 kan bersabar dan berdoa agar kome semua dalam keadaan aman sejahtera. Huhuuuu…
Ekonomi dunia buat masa kini seperti semua maklum masih kekal kemelesetannya. Dijangka setahun ke dua tahun baru pulih. Tu pun belum tentu. Nasihat buat semua jangan la terlalu boros. Kecuali yang rase dah betul2 duit tak abis. Post kali ni pun saya nak share tentang kadar faedah yang dikenakan kepada sesiapa yang mahu, sedang dan telah membuat pinjaman dengan mana2 institusi kewangan. Mungkin ramai yang tidak sedar akan apa itu faedah yang ditawarkan oleh pihak bank. Malah ada yang memang dah tahu tapi terpaksa membuat pinjaman. Takpe. Kita share untuk tatapan bersama seperti janji saya pada post yang lalu di : proinfo2u.com/blog/salam-nusantara/selamat-tinggal-2008.

Memberi pinjaman adalah tujuan utama bank2 kepada pelanggan. Pada dasarnya pihak bank mengumpul dana untuk memberi pinjaman daripada simpanan yang dibuat oleh kita sebagai pelanggannya. Perbezaan antara faedah yang diberikan kepada penyimpan wang dan faedah pinjaman yang dikenakan adalah sumber keuntungan pihak bank, disamping pelbagai caj perkhidmatan yang lain. Antara jenis-jenis faedah atau kredit yang biasa ada pada bank-bank di Malaysia :
- Kadar Tetap ( flat rate )
- Kadar Tahunan ( yearly rests )
- Kadar Bulanan ( monthly rests )
- Kadar Harian ( daily rests )
Kadar Tetap ( flat rate ) adalah satu kadar faedah yang sering kita dengar. Kebiasaanya digunakan semasa kita berurusan dengan jual beli kenderaan. Kadar ini amat disukai oleh penjual kerana ianya menguntungkan. Bagi pelanggan dan pembeli juga gemar menggunakan kadar ini kerana ianya mudah untuk difahami. Tetapi awas. Inilah kadar yang secara terang dan jelas pelanggan ditipu hidup2. Katakan pinjaman sebanyak RM50,000 dengan kadar faedah 5%, pembayaran balik adalah selama 9 tahun. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM77,500 dengan bulanan RM672. Faedah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM22,500 atau sebanyak 45% dari jumlah pinjaman. ( RM50,000 x 5% x 9 tahun + RM50,000 ).
Kadar Tahunan ( yearly rests ) sinonim dengan pembelian barang2 pengguna seperti barangan elektrik atau perabut. Suatu ketika dulu pinjaman perumahan juga dikenakan kadar tahunan tetapi atas arahan Bank Negara ianya ditukar ke kadar bulanan. Kadar tahunan dikira berdasarkan kepada baki keseluruhan setiap tahun pada akhir kiraan buku. Sebagai contoh kita pinjam RM50,000 dan kadar faedah adalah sebanyak 5% dengan bulanan sebanyak RM672, jumlah bulanan selama 7 tahun 8 bulan sebanyak RM61,414. Faedahnya sebanyak RM11,414 atau 22.8% dari jumlah pinjaman. Kadar tahunan ini adalah lebih baik daripada kadar tetap.
Kadar Bulanan ( monthly rests ) merupakan pengiraan kadar bulanan adalah dikira berpandukan kepada hutang keseluruhan pada akhir setiap bulan. kadar ini biasanya untuk pinjaman perumahan. Contoh rumah berharga RM50,000 dengan faedah sebanyak 5% juga dan bayaran sebanyak RM672 dalam tempoh 7 tahun 4 bulan. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM59,136. Jadi faedah dalam bentuk nilai adalah sebanyak RM9,136 atau dengan peratusan sebanyak 18.2% dari keseluruhan pinjaman. Kadar ini adalah agak baik dari kadar tahunan.
Kadar Harian ( daily rests ) ini sinonim dengan pinjaman menerusi overdraft dan kad kredit. Ramai orang menganggap kadar ini adalah tinggi. Dengar je kadar harian mesti kita semua fikir tiap2 hari kene faedah. mesti rugi. Tapi tu semua silap kerana inilah kadar faedah yang menguntungkan kita semua sebagai peminjam. Ia lebih menguntungkan kerana apabila kita mempunyai wang kita boleh membuat pembayaran dan mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan. Faedah ini dikira berdasarkan kepada baki harian keseluruhan pinjaman. Perbezaan antara kadar bulanan dan kadar harian adalah pembahagi yang digunakan. Untuk kadar bulanan adalah 12 manakala kadar harian adalah 365. Jika dikira secara kasar hutang sebanyak RM50,000, perbezaan faedah kadar bulanan sebanyak RM50,000 x 5% x 1/12 = RM208.33 berbanding kadar harian berjumlah RM50,000 x 5% x 30/365 = RM205.48. Penjimatan sebanyak RM2.85 dapat dikutip melalui faedah kadar harian.

Ada juga syarikat kewangan yang menawarkan pinjaman perumahan menggunakan faedah kadar harian tetapi dikira bulanan ( compounded monthly ). Dengan lain perkataan mereka mengunakan faedah kadar bulanan dan bukan faeah kadar harian. Walaubagaimanapun sekiranya kita semua peka kepada pakej2 yang ditawarkan ada yang menggunakan faeah kadar harian. Oleh itu hendaklah di survey dahulu bank yang menawarkan kadar tersebut.
Perlu diingat dalam setiap urusniaga pinjaman, kita sebagai peminjam adalah digalakkan membayar dalam tempoh yang tepat dan tiada penanguhan yang boleh menyebabkan faedah yang dikenakan semakin tinggi. Saya faham bukan semua orang mampu untuk melakukan pembayaran tepat pada waktunya tapi cubalah sedaya upaya yang mungkin.
Selain itu kad kredit juga menggunakan kadar harian tetapi kadar faedah 1.5% sebulan itu sangat tinggi dan tidak menguntungkan. Walaubagaimanapun kad kredit kalau digunakan dengan betul boleh membawa keuntungan. Sila refer post saya sebelum ini : Cara penggunaan Kad Kredit yang betul.
Diharap sama2 kita dapat menilai dan menggunakan apa yang kita boleh guna dengan betul lebih2 lagi dengan ekonomi dunia yang masih tidak stabil. Yang baik dariAllah dan yang buruk itu adalah dari saya hamba yang lemah.























Feb 7, 2009 at 00:44:04
hoho..
aku xleh hadam ape yg ko tulis nih sebab demam + skt tekak +batuk… haha
ape pun, nice info…
Feb 8, 2009 at 20:50:51
kene bace slow2 spatt baru cepat hadam…
makan ubat ikut dos baru demam, batuk padam…
info atas tu info benar tu…
lite semua ni rugi x amek ape yg ade diorang bg…
tp kene amek yg betol2 untung…
Feb 10, 2009 at 09:47:25
owh, baru tau. saya just urus org nak wat pinjaman je. Tak tahu lak die org kene byr interest teruk cmtu skali. Sian gakk kat die org. Terpaksa wat pinjaman. Nice info. Thnks!
**Hope u get well soon!
Feb 13, 2009 at 05:21:29
Rase2nye mcm br 25% je yg kita tahu…
mungkin ada lg yg dirahsiakan dari kita semua…
kalu ada lg info2 terkini tu insyaallah…
akan di share untuk kebaikan kita semua…
Dec 16, 2009 at 23:28:42
mmg mcm tue pun…masa beli keta sy dah terasa interst dia
punya la banyak…
klu ader duit nak beli cash jer…
tapi kena kejar ngan LHDN plak tak bayar cukai
nak buat camana kan…dah tak der duit…kena la hutang..business semua nak untung
Mar 26, 2010 at 01:42:22
salam, bole i mntk formula untuk keempat2 kadar tu x?
i xdapat kira lah…