Salam,
Apa khabar semua. Dah sebulan lebih tak ketemuan yek. Sekejap jek mase. Almaklum la semua dengan tugas masing-masing. Tambahan lagi kalau keje macam saya, makan gaji. Untuk fokus tu payah la sikit.
Ok la. Kali ni saya nak share ape yang dipanggil dengan CLICKBANK. Clickbank merupakan salah satu program affiliate yang amat terkenal dan merupakan salah satu program yang disukai oleh para IM di dunia. Senang citer lubuk emas la. Ramai jugak yang telah menjadi jutawan hanya menumpu pada clickbank sahaja.

Mungkin ada jugak yang tidak tahu apa itu Affiliate. Affiliate merupakan agen yang mempromosi produk orang lain atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang lain, dan dalam masa yang sama, mereka memberikan komisen kepada anda bagi setiap hasil promosi yang berjaya anda lakukan. Sebagai contoh, Produk X dijual pada harga $100 dan pemilik produk ini membuat tawaran untuk memberikan komisen 50% dari harga produk. Maka, jika 1 jualan berlaku melalui hasil promosi anda, anda akan memperolehi 50% dari hari harga produk, iaitu komisen sebanyak $50. Di internet, proses mengesan jualan yang berlaku melalui hasil usaha promosi anda biasanya dilakukan dengan menyediakan satu sistem yang dikenali sebagai sistem affiliate.
Kembali kita kepada Clickbank. Asalnya clickbank buka keahlian pada rakyat Malaysia. Tapi awal tahun 2000 keahlian ditutup. Katanya sebab Malaysia terlampau banyak sangat penipuan. Contohnya kad kredit clon. Maka ditutup la keahlian untuk rakyat Malaysia. Tetapi ada jugak yang boleh generate income setelah keahlian ditutup melalui clickbank ni. Macam-macam cara la digunakan. Samada daftar guna alamat luar negara ataupun cara lain yang boleh untuk daftar clickbank. Akhirnya pada April 2008, Keahlian dibuka semula kepada rakyat Malaysia.
Jangan ambil mudah dengan clickbank ini kalau tidak tahu caranya. Bukan senang nak senang. Fungsi clickbank ni adalah sebagai pihak ketigaatau orang tengah antara penjual, pembeli dan agen affiliate. Status clickbank pula ada 2 :
- Publisher - Pencipta atau pihak yang menyediakan perkhidmatan berbayar. Merupakan pencipta produk dan memasarkan produk mereka di clickbank.
- Affiliate - Agen yang mempromosi produk orang lain atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang lain.
ClickBank ni sebenarnya merupakan satu laman web yang khusus menjual produk digital yang boleh dimuat turun. Sebagaimana yang saya telah sebutkan sebelum ini, contoh produk digital adalah ebook, perisian, grafik, skrip, video dan sebagainya. Terdapat lebih 15,000 produk yang berada dalam database clickbank. Banyak tu. Dibawah merupakan screenshoot kategori yang terdapat di clickbank.

Untuk menjadi affiliate di clickbank, hanya memerlukan 5 langkah sahaja, iaitu :
- Daftar sebagai agen di : www.ClickBank.com/accountSignup.htm
- Cari senarai produk untuk dipromosi di : www.ClickBank.com/marketplace.htm
- Dapatkan hoplink ( link affiliate ) di marketplace. Jika tidak clickbank tidak akan mengesan sebarang usaha promosi dan jualan dari anda. Masukkan hoplink ini kedalam kempen promosi anda.
- Lakukan promosi, promosi, promosi dan promosi. Dalam masa yang sama, buat sistem tracking, bertujuan mengesan prestasi kaedah mana yang paling berkesan kepada anda.
- Dapatkan pendapatan lumayan anda bagi setiap jualan atau komisyen bagi setiap pembayaran berkontrak yang berlaku melalui hoplink anda.
Itu saja. Mudah bukan. Nampak memang mudah tapi kalau tiada usaha masakan ada kejayaan. Untuk promosi tu terserahlah kepada anda semua macamana nak lakukan promosi. Hanya cari sahaja kat pakcik google kita cara untuk promosi. Insyaallah ada masa di lain keluaran saya akan share macamana nak promosi.
Ok la dulu ye…Assalamualaikum.























Dec 20, 2009 at 23:50:42
sy dah masuk daftar dah kt click bank..tp sy nak tahu satu…agak2nya bila sy boleh dpt commissionnya? ini 1st time su cuba internet program dan baru nak berjinak dgn bisnes internet..hanya satu yg masalah bagi sy..sy susah nak dapatkan trafik, asyik daftar je kt web2..mmg benar ke mcm tu?? daftar terus dapat trafik??
http://www.mybloghour.blogspot.com/