Salam,
Selamat Hari Raya Haji seme. Mesti dalam mode raye lagi kan? Mungkin ramai lagi yangmasih bercuti di kampung. Apa pun saya tak balik kampung. Kene standby keje. Biasa la. Lepas ni kalu dah ada keje sendiri ok la kot?
Dalam dunia internet sekarang, biasanya dipenuhi dengan blog2 yang boleh generate duit. mungkin ramai juga diantara kita yang mengatakan buat blog boleh menghasilkan duit. Tapi, bagi saya blog sebenarnya bukan untuk membuat duit. Tapi mempunyai tujuan yang tersendiri. Apa tujuannye ye? :
- Membina rangkaian persahabatan secara online. Dikenali sebagai personal blog.
- Memasarkan servis dan produk di internet. ikenali sebagai business blog.
- Membuat hasil atau duit melalui program dari google adsense atau affiliate. Dikenali sebagai Make money blog.
- Berkongsi ilmu pengetahuan dan pendapat. Dikenali sebagai content blog.
- Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan. Juga ikenali sebagai business blog.
- Berita dan info terkini ( politik, agama, dunia, semasa ). Dikenali sebagai news blog.
Itu antara2 tujuan blog yang dihasilkan untuk semua melalui internet. Tetapi dengan blog juga merupakan salah satu medium untuk membuat duit. Tanpa blog mungkin kurang dari segi promosi untuk buat duit. Ia juga merupakan komponen wajib untuk menarik trafik ke laman web jualan anda, membina kredibiliti ( tunjuk kepakaran ), berkongsi pelbagai ilmu, berita dan lain2.
Semuanya berantung kepada penulisan kita pada blog. Penyampaian yang bergaya yang boleh menarik hati pengujung blog mungkin boleh menyebabkan membeli ape yang kita cuba promosikan. Blog juga merupakan’tools’ yang disukai oleh enjin carian kerana ia mengandungi content yang unik dan sentiasa dikemaskini. Maksudnya, pengguna yang melayari internet dan membuat carian i enjin carian hanya bertujuan mencari maklumat. Bukannya untuk membeli. Sambil menyelam sambil minum air. Last2 ada la jugak jika berkenan ihati semasa membuat carian, terus membeli. Yang penting promosi untuk blog mesti power.






















