Nov
26th

Bagaimana dapatkan idea yang power dalam penulisan ebook

Author: admin | Files under Perniagaan Internet, Tips & Info

Salam,

Pekabar semua?  Moga2 sihat semua. Maklum la sekarang ni musim hujan. Ramai gakyang demam disebabkan dek hujan ataupun perubahan suhu / cuaca. Tapi kat pantai barat saya tak tau la plak. Yang saya tau kat Pantai Timur jeee…Huhuu… Sepanjang perjalanan pulang dari tempat tadi sempat gak pikir post apa nak di posting malam ni. Dah la perut lapar, tapi mai la jugak idea. EBOOK. Bagaimana untuk kita mencipta ebook pertama. Saya cuma bai idea je la. Sebab semua idea tu saya dapat dari pembacaan la jugak. Nak hasilkan ebook sendiri tu baru dalam cari bahan. :)

Mungkin ada dikalangan kita ni memang dah pakar dalam penulisan ebook. Malah lebih ramai yang belum tau macam mana nak tulis ebook. Opsss…Apa itu ebook? Ebook ni sebenaqnya adalah buku elektronik dalam bentuk digital dan berfungsi sama dengan buku biasa. Dari segi pembacaan ebook ni dibaca melalui komputer atau lain2 peralatan elektronik seperti pda, handphone, ebook reader dan pelbagai lagi.Format pdf adalah yang paling popular buat masa ini dan anda memerlukan perisian Adobe Reader untuk membacanya.

Kite terus je kepada point kita bagaimana mendapatkan idea2 untuk penulisan ebook pertama kita. Apa yang perlu ada untuk memulakan penulisan :

  • Pengalaman - andaikan anda seorang pakar dalam hobi mendaki dan mempunyai pengalaman yang hebat. Itu satu kelebihan untuk anda menulis dalam ebook. Kongsikan teknik2 mendaki anda bagaimana mendaki gunung dengan cara tak meletihkan dan senang. Dapatkan gambar2 menarik dan buat sedikit ulasan.
  • Kemahiran - Anda mempunyai kemahiran dalam membaiki kereta. Bincangkan secara detail dalam ebook anda tentang masalah2 dalam membaikpulih kereta. Jangan lupa sertakan gambar dan ulasan.
  • Idea - Idea anda datang mencurah2 yang anda dapat dari pembacaan dalam buku mahupun internet. Pelbagai idea dapat dikongsi dalam penulisan idea2 power anda.
  • Kerjaya - Anda merupakan pakar dalam kewangan. Nah, satu kerjaya yang jarang orang ada. Kongsikan bersama tips2 untuk membaiki kewangan yang anda tahu. Juga bagaimana nak mengoptimumkan saving account dan cara2nya.

Setelah semua diatas anda telah dapat mengusainya, apa yang perlu anda buat hanya tulis ebook anda tu didalam Microsoft Word. Kemudian gunakan perisian Adobe Acrobat untuk menukarkan fail dalam Microsoft Word tadi kepada fail.pdf.

Semudah A,B,C…Huhuuu…Sekarang anda semua boleh menulis ebook anda sendiri untuk share kepada semua samada dalam bentuk ebook percuma ataupun anda menjual ebook tersebut. Terserah la kepada semua.

OK laa. Itu je yang mampu saya kongsi untuk malam ini. Kepada sesiapa yang ada idea lain yang mana dapat ditambah tu mungkin boleh kita kongsi dalam kotak komen.

Jumpa lagi di posy lain. Nak keluar minum2 ngan member2. Babai…

One response. Wanna say something?

  1. User Gravatar
    mzm
    Mar 14, 2010 at 17:03:09
    #1

    nice sharing brO.. teruskan usaha murnimu.. sesungguhnya perniagaan ebook atau lebih mesra dengan nama pemasaran informasi ni memang menjanjikan pulangan yang lumayan kalau kena dengan caranya..

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory