Dec
13th

Bagaimana Bank membuat keuntungan?

Author: admin | Files under Motivasi, Tips Kewangan, Tips & Info

Salam,

Seperti yang kita semua maklum, dunia sekarang sedang mengalami  kemelesetan ekonomi yang terlampau. Dah banyak syarikat2 yang telah jatuh bankrup. Begitu juga nasib pekerja2 yang dibuang kerja. Bank pun tak terkecuali dari mengalami masalah yang sama. Walau bagaimanapun, bank masih lagi berurusan dengan pengguna. Mungkin pada masa kini ada bank yang datang sendiri meng’offer’ kita pakej2 yang telah tersedia oleh pihak bank. Oleh itu pandai2 la menilai. Dunia sekarang memang memerlukan bank.

Dalam segala jenis perniagaan keuntungan adalah kemestian. Begitu juga dengan pihak bank. Jika tiada keuntungan bagaimanakah pihak pengurusan bankakan membayar kos penubuhan dan kendalian bank masing2. Selain itu, pihak pengurusan juga perlu menjawab kepada pemegang2 saham yang kebiasaannya mahukan pulangan yang tertinggi keatas pelaburan mereka. Kita semua sedia maklum bank2 di Malaysia mengaut keuntungan beratus ribu juta ringgit setiap tahun.

Bank yang terbesar di Malaysia memperolehi keuntungan tidak kurang 1 billion setiap tahun. Maka tidak hairanlah banyak bank dari luar negara yang ingin berurus niaga di Malaysia. Sebuah bank dari luar negara yang hanya mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang adalah antara penyumbang utama keuntungan keseluruhan antara bank yang terbesar di dunia itu.

 

Tuhan melimpahkan bumi bertuah Malaysia ini dengan pelbagai hasil asli mahupun rakyatnya yang pintar dan berusaha gigih. Seharusnya pihak bank lebih bertimbang rasa dalam mencapai cita2 keuntungan maksimum mereka. Tetapi ini mungkin hanyalah impian kita sebagai pengguna semata-mata. Jula pihak bank kurang berminat membantu kita sebagai pengguna mengurangkan kos faedah mahupun caj perkhidmatan, kita sebagai pengguna harus bertindak bijak dalam berurus niaga dengan pihak bank.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory