Salam,
Tajuk sempoi. Kalau otai2 tengok ni mesti cakap hampeh punya tajuk.
Tapi yang nyata masih ramai yang nak memiliki blog sendiri tapi tak tahu macamana nak mula. Macam saya gak la sebelum ni. Ambek masa yang agak lama sebelum dapat hasilkan proinfo2u.com/blog ini. Maklum la, takde tok guru. Belajar pun sendiri2 je. Tapi alhamulillah. Berjaya jugak. Tapi simple sangat2 la. Banyak lagi nak kene improve. Lagi pun saya ber’blogging’ ni separuh masa sahaja.
Apa yang perlu ada untuk buat blog? Sebelum ni saya pun tak yahu. Perkara wajib yang perlu ada untuk menghasilkan blog adalah :
- Domain - Nama domain pilihan anda dan biasanya mempunyai hubung kait dengan blog apa yang anda nak hasilkan. Eg: proinfo2u.com ( blog untuk info dunia internet ), smartusaha.com ( blog keusahawanan internet ), perniagaaninternet.com ( blog untuk perniagaan internet. Domain juga dikenali sebagai alamat. domain merujuk kepada nama web yang diakhiri dengan .com; .net; .info; .my dan lain2.
- Hosting - Satu tapak atau server untuk mengakses internet melalui talian yang berjalan 24jam. Tanpa hosting bermakna takde servis. Kita assume kalu nak buat rumah, mesti punya tapak. Haaa…Tapak tu adalah hosting. Domain pula alamat rumah. Rumah pulak? Nak dapatkan hosting? Syarikat seperti sempoihosting.com, hivehosting.net, namsahaz.com dan banyak lagi.
- Website / Blog - Ini dia rumah. Dengan ada domain dan hosting maka boleh la buat web/blog anda. Merupakan perisian yang perlu ada. Contoh perisian wordpress, blogspot dan lain2.
Untuk mendapatkan domain dan hosting, bermula RM45 pun dah membolehkan kita memilikisatu nama domain dan akaun hosting sendiri. Terlalu murah bukan? Dengan ada domain dan hosting, dapatkan perisian wordpress untuk anda mula membina blog. Tapi ada juga blog iaitu blogspot tapi kalau hendak memulakan sesuatu perisian yang mantap dan inginkan blog perniagaan adalah lebih baik melabur sedikit wang dengan menggunakan wordpress. Menyesal dahulu pendapatan. Huhuuu…
Baiklah. Langkah2 yang perlu dilakukan untuk menghasilkan blog dot com anda :
- Tentukan tajuk ataupun topik blog anda.
- Dapatkan domain dan hosting.
- Pemasangan blog menggunakan wordpress mahupun blogspot.
- Mula menghasilkan blog dengan penulisan. Tulis blog laaaa…
- promosi blog anda.
Mudah bukan? Cuma luangkan sedikit masa, laburkan sedikit wang dan banyakkan stuy atau pun refer kepada sesiapa yang sudi membantu ataupun dapatkan ebook berkenaan cara buat blog dot com. Saya pun belajar melalui ebook dan sedikit pembacaan. Kalau tak nak sakit kepala, cadangan saya dapatkan ebook ( Pakej Kit Blogger ) untuk cara pemasangan blog. Sempoi. Amat simple.























