Aug
1st

Strategi Baik Buat Duit Raya

Author: admin | Files under Semasa, Perniagaan Internet, Tips & Info, Salam Nusantara

Salam,

Bulan Ramadhan semakin menghampiri kita, maka syawal pun bakal menjelang. Sudah menjadi kebiasaan umat islam, di bulan yang mulia ini lah satu2nya cara yang singkat untuk menjana keuntungan di akhirat. Bukan di dunia saja tau. Mesti balance.

Tetapi, menjadi kebiasaan juga buat usahawan internet nak mencarikeuntungan di bulan puasa ini, nak buat belanja raya la katakan. Walaubagaimanapun, bukan barangan atau produk2 biasa yang dijual,kerana kurang permintaan dan belian bila tibanya puasa.

Ini adalah kerana sebilangan besar daripada pembeli-pembeli di pasaran Malaysia yang beragama islam banyak menumpukan masa dan
fikiran mereka untuk menjalani ibadah puasa. Maka, tiada barangan lain mahupun ebook yang terjual. Tapi bukan tiada langsung, cuma
kurang je.

Bagi mereka yang memang mencari keuntungan di internet, pasti, tidak dapat tidak akan mencari jalan macam mana nak buat jualan
memerusi internet pada bulan puasa ini. Dan pada anda bagaimana? ada strategi tak nak buat jualan melalui internet? Moh saya
kongsi serba sedikit idea untuk menjana pendapatan di bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah antara idea-idea untuk kita menjana pendapatan online :

1. Menjual Kueh / Biskut Raya - Merupakan barang yang paling laris di bulan Ramadhan kerana setiap rumah tak kurang dari 6 hidangan kueh / biskut raya. Kaum Hawa, terutamanya tidak dapat lari dari membeli hanya untuk menjamu para tetamu yang berkunjung ke rumah.

2. Kad Raya - Antara barangan yang laris. Bagaimanapun, kad raya mempunyai 2 pilihan, iaitu kad raya fizikal atau pun kad raya elektronik yang maha canggih. Paasti ramai yang akan menggunakan yang canggih kan? Tetapi jangan di buang pada yang lama. Ianya tetap menjadi pujaan ramai.

3. Baju Raya - Barang panas ini semestinya menjadi kewajipan buat masyarakat kita untuk merayakan hari yang mulia aidilfitri. Walaupun ianya mudah didapati di bmana-mana tetapi ada juga insan yang suka membeli d pasaran internet. Mungkin corak yang ada lain dari yang lain?

4. Sampul Duit Raya -Apabila tibahari raya, perkara wajib disediakan adalah sampul duit raya. Apabila kanak-kanak tiba ke rumah anda untuk beray, maka sebagai tuan rumah kita perlu menghulurkan duit raya. Oleh itu ianya merupakan satu barang yang agak menarik danpasti laris di jual di bulan Ramadhan.

5. Aksesori Baju Raya - Songkok, kain sampi, butang baju melayu, merupakan barangan tetap yang akan dicari pembeli lelaki yang mahukan up to date. Pasti ada barangan yang menarik perhatian. Begitu juga untuk wanita seperti tudung, kerongsang, sandal dan lain-lain pasti menjadi buruan.

Akhir kata, setiap usaha tu akan ada kejayaan. Cuma melalui cara pantas atau cara lambat tapi bukan cara kotor yer. Rezeki tu ada dimana-mana. Oleh itu jangan jadikan bulan puasa ini sebagai alasan untuk kita tidak menjana keuntungan online. Belum cuba belum tahu. Tapi jangan lupa, dalam mencari untung dunia, untung akhirat pulak dilupakan. Setahum sekali beb. Buat jangan tak buat.

Apa yang penting adalah anda terus berusaha dan berfikir secara kreatif untuk mencari peluang-peluang keuntungan yang wujud pada masa itu.

Sekian, Wassalam.

One response. Wanna say something?

  1. User Gravatar
    Carter
    Oct 11, 2011 at 08:05:19
    #1

    Take care,

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory