Dec
31st

Selamat Tinggal 2008

Author: admin | Files under Tips Kewangan, Tips & Info, Salam Nusantara

Salam,

Hari ini merupakan hari terakhir kita semua di tahun 2008. Peehhh…Sekejap je rase dunia sekarang. Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung 2008. Tapi bagaimana dengan azam yang kita semua lafaz akhir tahun 2007 yek? Dah termakbul belum. Mungkin banyak jugak dari kalangan anda semua tercapai apa yang di azam. Tapi bagi saya setakat ni alhamdulillah, ada azam yang dah tercapai. Cuma kepuasan belum lagi mencapai pada tahap maksimum.

Kepada yang azam belum lagi di capai tu jangan la bersedih hati, tahun depan kan ada. Tak lame lagi. Beberapa jam dari sekarang. Saya dah pun tambah azam saya untuk 2009. Anda bagaimana?

Tidak kira la apa azam kita semua janji azam tu yang penting. Bagi saya kewangan yang harus dijaga. Penting oooo…Kalau boleh hidup ni nak bebas dari hutang. Tak yah serabut kepala kan?Alang- alang dah keluar bab kewangan ni nak saya selitkan sedikit point jenis-jenis faedah. Sedikit je tau. Di penulisan tahun depan saya bagi yang detail skit.

Jenis-jenis faedah atau kredit yang biasa ada pada bank-bank di Malaysia :

  • Kadar Tetap ( flat rate ) -  Sinonim dengan sewa beli barangan pengguna, pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan.
  • Kadar Tahunan ( yearly rests ) - Sinonim dengan sewa beli barangan pengguna.
  • Kadar Bulanan ( monthly rests ) - sinonim dengan pinjaman perumahan.
  • Kadar Harian ( daily rests ) - Sinonim dengan kad kredit.

Mungkin ramai yang tak perasan akan semua faedah2 yang akan dikenakan oleh bank. Dan hanya segelintir sahaja yang tahu. Ada baiknya kita tahu apa yang kita tidak tahu. Insyaallah, saya akan ulas perkara2 diatas di lain penulisan untuk dikongsi bersama.

Jangan lupa malam ini, cepat2 cari azam baru menjelang 2009. Sampai jumpe lagiiii…Babaiii…

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

1 Trackback(s)

  1. Feb 6, 2009: Jenis-jenis Kadar Faedah Yang Dikenakan Oleh Syarikat Kewangan | Info Dunia Internet

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory