Salam,
Masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar dah berganti tahun. Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011. Tetapkan keazaman, tingkatkan kemajuan diri, agar dapat mencapai apa yang dihajati. Dunia mahupun akhirat. Tapi, ramai yang berazam, namun yang mencapainya boleh dibilang dengan jari. Itulah lumrah manusia. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ye haaa. Apa-apa pun segera bentindak sebelum orang lain bertindak.

Berbalik pada 2010, tahun 2010 adalah tahun yang agak menarik bagi saya. Dugaan pun banyak. Kerja lagi banyak. Boleh dikatakan tahun 2010 adalah tahun offline. Banyak perkara offline yang saya lakukan. Walaubagaimanapun, ianya adalah pengalaman yang maha mahal. Seperti juga orang lain, azam saya untuk 2011 adalah untuk memperbanyakkan lagi urusan online. Doakan kejayaan saya. Hehee.
Saya percaya ramai diantara kita yang bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Selamat maju jaya saya ucapkan pada bakal-bakal usahawan kita. Walaubagaimanapun, sebagai bakal usahawan yang berjaya, perlu juga diterapkan etika dan nilai-nilai murni. Dan ianya perlu diamalkan setiap masa. Antaranya :
- Mempunyai keazaman yang tinggi untuk meningkatkan mutu sesebuah perniagaan.
- Perlunya tanggungjawab dalam menjalani sesuatu perniagaan.
- Berusaha untuk mengikis sikap suka mementingkan diri sendiri.
- Penuh muhibbah dan kemesraan adalah perkara wajib dalam perniagaan.
- Perniagaan yang bermatlamatkan memajukan diri dan masyarakat.
- Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan sesama kita.
- Berpegang teguh pada ajaran agama.
================================
Mulakan perniagaan online tanpa modal.
================================
Anda inginkan perniagaan secara online tanpa modal? Mungkin agak janggal untuk kita dengar. Tapi semua tu tak mustahil. Untuk memulakan perniagaan secara online atau internet, anda boleh memulakan perniagaan tak kira menjual apa sahaja, sama ada kamera, permainan, komputer, buku, apa sahaja tanpa modal. Dan yang lagi menarik, ia boleh dilakukan hari ini.
Bagaimana caranya?
Caranya adalah dengna menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Perniagaan affiliate merupakan satu bentuk perniagaan dimana anda menjual produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh orang lain atau perniagaan yang sedia ada dan anda menerima komisyen atas setiap jualan yang anda lakukan. Tak kira samada perniagaan itu berbentuk fizikal atau pun digital.
Contohnya, sekiranya anda ingin menjual buku, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan internet yang menjual buku dan menjual buku mereka. Apabila dah terjual melalui link anda, maka komisyen akan dibayar pada anda. Begitu juga produk berbentuk digital seperti buku elektronik atau lebih dikenali sebagai ebook, anda hanya perlu menyertai program affiliate yang disediakan, lakukan promosi dan sekiranya ada pembeli membeli melalui link anda, maka komisyen akan dibayar kepada anda.Mudah bukan?
Tak kira apa jua perniagaan mahupun perkhidmatan yang anda anda jual di internet, kini terdapat pelbagai program affiliate untuk anda memulakan perniagaan. Dan ianya tanpa anda mengeluarkan satu sen modal pun. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma mana-mana program affiliate yang anda minat, samada di dalam Malaysia mahupun di peringkat global. Anda perlu mempromosikan di blog anda, laman web, email, facebook dan lain-lain.
Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh lawati post saya yang terdahulu di http://www.proinfo2u.com/blog/affiliate/affiliate-marketing.html dan mulakan perniagaan anda.
Mulakan sesuatu yang anda minat. Bersempena tahun 2011 ini, lakukan perubahan dan tetapkan keazaman anda.
Wassalam.













