Salam,
Agak lama saya tak melakukan sebarang post. Maklum la keje makan gaji. Hari ni masuk 25 hari saya keje non-stop. Kilang shutdown ler. Hehee. Cuti kompom beku. Dah la kuar rumah 6.30 pagi, balik plak paling awal 9.30 malam. Aduuuusss. Tapi takpe, tanggungjawab tuuuu…
Semua orang keje kan? Objektif utama ape yek? Kompom la nakkan duit. Tapi saya pasti tak semua yang keje makan gaji, ada simpanan sendiri. Saya pun sama. Heheee. Tapi itu dulu la. Just nak share la sikit tentang financial planning ni. Simpanan. Satu perkataan semua orang tau. Ramai yang buat simpanan di bank-bank. Tapi masih ada yang simpan sendiri. Walaubagaimanapun, simpan di bank adalah bagus. Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dalam masa kita buat simpanan pun kita tetap boleh berbelanja. Ia dapat dilaksanakan dengan mencagar simpanan kita menerusi simpanan tetap atau unit amanah bagi mendapatkan kemudahan overdraft.
Dalam memenuhi keperluan seharian, pendapat lama mengatakan masakan mungkin kita menyimpan dan berbelanja pada waktu yang sama? Kalau saya kata boleh? Malah lebih menguntungkan. Bagaimana? Dengan meletakkan duit kita dalam unit amanah tertentu, kita akan memperoleh dividen 8% sedangkan setelah dicagarkan faedah keatas kemudahan overdraft hanyalah 6%. Dan kita masih lagi untung 2%. Tambah plak jika kita pandai menggunakan kad kredit, kos penggunaan perbelanjaan kita sebenarnya ditanggung oleh pihak bank.
Perlu diingatkan, setiap perbelanjaan harian dan pelaburan perlu ada jaring yang bertindak agar kita tidak berbelanja lebih dari kemampuan atau terjebak dalam timbunan hutang. Jika perlu juga ditanggungi hutang itu, jaring ini akan memastikan kita dapat keuntungan dari kadar yang terendah yang dikenakan oleh pihak bank menerusi kemudahan overdraft. Jaring itu adalah platform yang akan kita tempuh pada peringkat lebih advance kerana ia melibatkan kos tanggungan yang rendah.
Terdapat 3 platform yang biasa didengar. Pertama, simpanan yang banyak. Kedua,sumbangan atau pinjaman dari ibubapa dan saudara mara yang tiada faedah. Ketiga kemudahan overdraft dari pihak bank. Antara platform diatas, kemungkinan untuk faktor platform pertama dan kedua sukar untuk diperolehi. Bagaimanapun untuk kemudahan overdraft dari pihak bank adalah dalam keupayaan kebanyakan kita di Malaysia.
Overdraft merupakan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank menggunakan akaun semasa yang mana ramai menganggap hanya boleh dimohon oleh peniaga sahaja, padahal ianya juga disediakan untuk kegunaan individu. Segala pengeluaran adalah dimestikan melalui buku cek. Permohonan Overdraft juga sebenarnya memerlukan cagaran samada berbentuk simpanan tetap, unit saham amanah dan pinjaman perumahan. Kemudahan pinjaman perumahan biasanya digabungkan dengan kemudahan pinjaman berkala. Tetapi ada juga pakej-pakej yang disediakan bank berupa gabungan kemudahan simpanan, pinjaman berkala dan overdraft. Walaubagaimanapun, ianya ada baik dan ada buruknya. Pada dasarnya ini lebih terpulang kepada masing-masing dan membuat perancangan dalam menilai keperluan yang lebih rasional dan praktikal.
Dalam merencanakan perbelanjaan harian dan pelaburan masa depan, kita perlu menilai dan mencari mana-mana kemudahan dan pakej yang disediakan oleh pihak bank yang menguntungkan kita. Sekiranya terdapat kemudahan yang disediakan yang memberi manfaat kepada kita dan tidak memerlukan kita mengeluarkan wang hasil titik peluh kita yang susah diperolehi, kenapa tidak!























Aug 17, 2009 at 02:33:07
susahnya bekerja kerana duit.
aku ada terbaca satu buku ni.
rich dad poor dad.
i thing aku dpt belajar,
never make your body work for money, let the money work for u. =)
Aug 20, 2009 at 21:06:21
kalu tak keje camane la nak dapat duit?
keje kan satu ibadah…dapat pahala lagi…
ko dah graduate nanti tau le camane keje untuk dapatkan duit…
1st gaji tu banyak nilainye…
jangan lupe bg kat ibubapa amek berkat…
heheee…
Nov 24, 2009 at 11:36:43
macam copy bulat2 dari buku AzizCFP je nih (lebuhraya baru kebebasan kewangan)
Nov 25, 2009 at 01:55:29
Sharing ilmu…
baca senang…
nak buat tu pecah kepala…
silap buat kompom terjerat…
so, setiap benda tu mesti ada gurunya…
kan…kan…kan…
Dec 11, 2009 at 03:56:43
tiru azizcfp ni
jangan2 anak buah azizcfp pastu mendabik dada dia yang wat system ni
Dec 26, 2009 at 22:22:51
salam,
sy cukup berminat dengan nick penipu ni…mungkin orangnya pun suke tipu…huhuuu…
saya mmg anak buah aziz dan sy just nak sharing…tak salahkan???kalu sedara penipu ada ilmu tak salah jugak kalu sharing…takkan kalu sharing jatuh bankrup kot?kalu diri dh rase hebat sangat sila la sharing dengan semua orang yang mungkin tak tahu dan tak mampu untuk mencari ilmu tu???yeee…saya cabar sedara penipu…jom sharing kalu anda seorang yang hebat…