Salam,
Bertemu kembali kita semua di blog saya ini setelah sekian lama tidak ada post untuk tatapan semua. Buat masa ini saya agak sibuk dengan tugas2 di tempat kerja dan juga buat sedikit research dan study berkaitan dengan perniagaan online ini. Memandangkan dah lame tak updat, so saya rase nak kene jugak update post ni. Kalau ikut sibuk semua orang sibuk. kalau tak sibuk pun tidur. Huhuuuu…
Ekonomi dunia sekarang ini masih lagi teruk dan yang pasti yang menjadi mangsa adalah mereka2 yang bekerja makan gaji macam saya. Cuma saya agak bernasib baik lagi buat masa ini. Tak tau la camana esok, lusa dan seterusnya. Dan bertepatan pada masa sekarang ni adalah baik sekiranya kita semua melakukan sedikit perancangan kewangan untuk masa depan bersama.
Perancangan kewangan sebenarnya adalah satu proses seseorang individu untuk merancang masa depan bagi memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Senang citer simpan duit untuk beli apa yan diidam, dimemangkan bayar tapi kene buat secara sistematik ler. Ada kira2 la tu. Huhuu…
Walaubagaimana pun perancangan anda mestilah bermula dari sekarang dengan kadar yang segera. Tapi kenapa sekarang ?
- Faedah ( hutang ) akan bertambah setiap hari.
- Harga barangan keperluan semakin meningkat setiap hari.
- Keperluan anak2 kita pada masa hadapan.
- Perlu adanya wang simpanan kecemasan.
- Perlu ada kurang2 tabungan dan simpanan sekurang2 6 bulan pendapatan bagi individu makan gaji / 2 tahun simpanan bagi peniaga.
- Kemalangan / kematian yang tidak disangka dan tiada pemberitahuan.
- Kos Perancang kewangan masih murah. Kire macam finance advisor la.
Antara skop2 perancangan kewangan :
- Perancangan pelaburan ( saham ).
- Perancangan insuran.
- Perancangan cukai.
- Perancangan persaraan.
- Perancangan pengurusan estet.
Kesemua skop perancangan diatas hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kita semua menggunakan produk2 atau pun servis2 yang terbaik sahaja. Contoh macam perancangan pelaburan, mungkin jalan terbaik untuk melabur adalah di ASB. Tiada risiko.
Semua yang dilakukan mestilah mempunyai matlamat atau objektif yang tersendiri. Antara objektif tersebut adalah :
- Pengukuhan kewangan terhadap inflasi.
- Pengurusan hutang yang membawa pulangan.
- Pembiayaan selepas persaraan.
- Penyediaan tabung kecemasan.
- Keperluan tuntutan semasa.
- Pembiayaan pendidikan.
- Restructuring kewangan anda dari A-Z. Sediakan jadualanda sendiri. Apa yang anda belanja untuk tiap2 bulan.
- Adakan CMS ( Cash Management System ). Buku 555 la tu. Catatkan setiap perbelanjaan kita dari sekecil2 hingga sebesar2 perbelanjaan harian kita. Ianya untuk membuat ‘ balance budget ‘ anda.
- Selesaikan hutang yang patut. Dan kalau boleh elakkan berhutang. Takyah la nak berlawan dengan jiran sebelah ( ambil sofa set baru ). Jiran sebelah tu hutang je tu. Heheee…
- Adakan simpanan tetap anda sendiri. Kalau boleh usah usik langsung simpanan anda kecuali ada sebab musabab tersendiri. ASB digalakkan.
- Stabilkan kewangan anda. Usah terlampau boros. Fikir sejenak sebelum bertindak.
Nah. Setakat ni je dulu kot yang dapat sedikit sebanyak saya kongsi. Harap2 dapat membantu untuk menjadi perancang yang berjaya. Buat dulu. Hasilnya menarik betol. Tak caya tanya la sapa2 yang dah buat. Nak tanya saya pun ok jugak. Insyaallah, apa yang boleh saya bantu tu saya bantu. Jumpa lagi pada post akan datang. Babai.














Apr 3, 2009 at 01:25:41
Perancangan kewangan ya…sekarang ni duit bank aku lagi tengah surut sebab masih menganggur…wah sedihnya.:(
Apr 3, 2009 at 07:34:32
kat internet ni kan byk care nak generate income…
ko study ler…pastu buat duit…
insyaallah…dapatnyeee…
Apr 6, 2009 at 13:56:18
memang banyak…skang nie tengah nak buat satu adsense site…tapi baru siap satu artikel pendek.
Nak gak join affiliate clickbank, tapi aku risau tak dpt handle banyak blog memandangkan modal aku pun sikit je ni…nak kena wat satu2
Apr 6, 2009 at 15:00:33
sekarang aku dah stat rncang balik kewangan aku.serabut sgt..hee
Apr 6, 2009 at 21:00:36
@Active Blogger : fokus satu2 je…bile dh maintain go through another project…dapat sikit pun xpe…lama2 jd bukit…
@kusu : memang kene rancang kewangan ni…kalu tak kita sendiri yg sakit…nak soru pun tak lepas apa crita?boleh…slow2 laaa…
Apr 7, 2009 at 22:08:07
5. Stabilkan kewangan anda. Usah terlampau boros. Fikir sejenak sebelum bertindak
haha. adoi. ni mslh ak skrg. x smpai tgh bulan kering poket.
p/s - bro. apdet link br sy ek
Apr 8, 2009 at 17:56:06
time2 gawat ni la nak kene jimat banyak2 bro…kene gune 2@5 minutes thinking method ni…balu leh stabil balik…
p/s : dh update ko nye blog. tp cam ada problem je blog ko?
Apr 9, 2009 at 03:06:39
haha..aku sama mcm ubey..pantang ade duit, mula la gatal tgn…
Apr 9, 2009 at 03:58:42
gatal tangan takde masalah spatt…layan je dulu ape nak buat…
yang penting skali saving nak ade…tu nak kene settle dulu…
lain2 tu sendiri pergiii…
May 10, 2010 at 15:21:33
aku ni nak benar mengetahui mengurus kewangan. Semuanya sekarang agak bercelaru.
Jan 26, 2011 at 19:11:07
Perancangan untuk semasa bujang, semasa berkeluarga, semasa bersara, Ketiga-tiga fasa kehidupan ini perlu diberikan perhatian.