Salam,
Bertemu kembali buat semua. Usah terlalu taksub pada tajuk diatas. Itu hanyalah gimik saya sahaja. Huhuu. Kali ini apa yang nak saya kongsi adalah mengenai kuasa ‘link exchange’. Straight to the point, hehee. Sebagaimana anda semua sedia maklum, link exchange merupakan satu kaedah yang agak popular untuk kita menarik trafik ke blog kita. ( Refer to : Cara Dapatkan Trafik ke Blog Anda. Agak simple, hanya dengan menukar link blog anda dan rakan blogger anda dan jangan lupa la plak untuk letakkan link blog rakan blogger anda tu ke blog anda. Juga pastikan yang rakan anda tu melakukan perkara yang sama di blog beliau.

Aktiviti ini juga dikenali dengan istilah blogroll yang merupakan pemangkin yang berjaya meningkatkan populariti blog di seluruh dunia hingga mengatasi populariti laman web biasa. Blogroll juga tidak semestinya dilakukan melalui permintaan kerana ia boleh juga secara sukarela. Umpama, tanpa diminta seseorang blogger meletakkan pautan blog anda di dalam blognya. Apabila anda dapat tahu, maka anda juga seharusnya meletakkan pautan blog blogger tadi di dalam blog anda pula.
Antara faedah-faedah ber ‘link exchange’ ialah :
Meningkatkan PageRank di enjin carian Google.
PageRank yang terdapat pada enjin carian Google adalah satu langkah penting mengukur populariti sesuatu lama web atau blog. Jika PageRank blog anda tinggi, ini bermakna blog anda berada di kedudukan yang baik disenarai enjin carian Google.
Lebih tinggi kualiti penghubung yang menuju ke blog anda maka lebih tinggilah kedudukan anda di PageRank.
Meningkatkan Populariti Pautan.
Bilangan dan kualiti laman web atau blog yang berhubung dengan blog anda (populariti pautan) adalah faktor paling penting untuk enjin carian menentukan sama ada blog anda releven atau sebaliknya berdasarkan kata kunci atau keyword sesuatu carian.
Oleh sebab itulah kebanyakan blogger sering menggunakan teknik bertukar-tukar penghubung untuk mendapatkan kedudukan yang baik didalam senarai hasil enjin carian.
Membawa pelawat-pelawat percuma.
Pautan di laman web atau blog lain akan menyalur pelawat ke blog anda. Jadi anda haruslah merancang dan memiliki strategi yang bersesuaian untuk mengajak pelawat tersebut melayari blog anda.
Memperkayakan laman web atau blog anda.
Dengan menawarkan pautan ke blog lain, anda sebenarnya memberikan mereka maklumat yang berguna dan berfaedah. Sebuah halaman yang bertukar-tukar penghubung adalah sebuah halaman yang menawarkan sesuatu yang mampu menarik perhatian pelawat berdasarkan minat dan keperluan mereka.
Mengetahui blog-blog yang ada pautan ke blog anda.
Anda boleh mendapat maklumat blog-blog yang ada pautan ke blog anda dengan melayari http://technorati.com/search. Maklumat yang diperolehi membuka peluang untuk anda membina komuniti yang lebih aktif.
Diharap apa yang dikongsi diatas dapat memberi serba sedikit info walaupun saya tahu ramai yang telah mengetahui akan fungsi ber ‘link exchange’ ini. Namun saya percaya masih ramai jugak yang belum tahu akan faedah-faedahnya.
Saya juga ingin mengambil peluang untuk kita sama-sama berkongsi link blog anda dengan blog saya. Anda hanya perlu klik pada perkataan ini : LINK EXCHANGE , dan ikutilah langkah-langkah yang telah saya nyatakan. Insyaallah.























Jun 9, 2009 at 01:58:59
Uisk! Memang berjaya ler gimik tajuk entri Yuzmir
sampai aku pon tak sabar2 klik nak baca..thank’s coz info yg sangat bagus terutama utk blogger baru. Cantek color biru kat header theme ni..cool jer mata memandang. Terima kasih daun keladi gak coz link exchange dgn aku & sbg penghargaan proinfo2u.com jugak akan di link exchange kan ke blog aku 
Jun 9, 2009 at 15:51:50
alahai..terkejut jugak link exchange ada keburukannya..haha..
gimik menjadi..haha
anyway,a good post
Jun 9, 2009 at 18:45:29
@abgzol : hehee…mekaseh…tang header theme tu just colour je…takde maksud yg tersirat tau…huhuuu…
@kusu : hehee…gimik semata2…kasi gempak sikit2 jek…huhuuu…
Jun 13, 2009 at 00:10:10
Saya juga dapat banyak pelawat percuma yang datang dari blog yang exchange link dengan blog saya, termasuklah dari blog Yus nih.
Jun 13, 2009 at 00:21:00
ahaa…itu le maksud sebenar link exchange…trafik masyuk dimana2…
sama laa…pelawat dr blog olie pun ada melawat ke blog saya…
sama2 untung…win-win situation…
Jun 15, 2009 at 14:59:51
Salam.
menarik ni.
tinggalkan komen kat blog org boleh dikira sebagai link exchange tak?
Jun 15, 2009 at 23:06:01
wassalam,
link exchange ni ikut istilah sebenar adalah berkongsi pautan url pada blog kita dan blog lain yang ajak bertukar…
kalu tinggal komen tu biasa dipanggil trackback…itu pun antara tarik trafik yg baik…
nk lebig lanjut lawat la kat page http://www.proinfo2u.com/blog/tips-info/cara-dapatkan-trafik-ke-blog-anda.html
Huhuuu…
Jul 3, 2009 at 01:35:33
nice tips…sib baik aku jmpa blog ni..thanks bro
Jul 14, 2009 at 22:58:28
hoho~~~ ingatkan betul punye real bahaya exchange links.. btw , jom exchange link..
Aug 13, 2009 at 06:26:24
aku sokong ngan info ko kecuali tajuknya sahaja…wakakaka
Aug 20, 2009 at 19:31:02
wakakaaaa…
gimik is gimik bro…