Salam,
Pekabar semua?Hari ini sebenarnya tak tahu nak kongsi apa. Kepala ni rase cam nak pecah jek. Nak kate tension tak jugak. Nak kate happy pun tak jugak. Ntah la labuuuu….Tapi saya tau anda semua dalam moe hepi je ari ni kan? Ye la kebanyakan dah dapat gaji. Mesti la hepi. Poket penuh. Saya tak jugak hepi, tak juga sedih. Cume gumbira skit2 jek.
Yang bestnya hari ni saya dah settlekan hutang2 lapuk kad hutang saya. Kad kredit la tuuuu…2 bank sekali gus. Fuuuhhh…Jumlah? Boley buat down payment gak tu. Bukan nak riak, tapi nak kongsi la sikit kalu bley. Rase2 lepas ni cam tak nak pakai dah kad kredit. Tapi kene gak buat standby. Mestiiii…Emergency sapa2 pun tak leh tahu bila2 nak mai.
Jika sebut kad kredit je mesti ramai gak yang kata satu ancaman. Idak pun bala atau bahaya. Hah, kalu ikut memang tepat la jugak. Kalau diikutkan dalam 25% daripada pengguna setia kad kredit diisytiharkan bankrup. Oh!Ye ke????Satu kenyataan dari Bank Negara Malaysia ni. Tapi…Ada tapi plak…Tak semua cam tu. Ada jugak insan2 yang cerdik pandai kat luaq tu yang tau memanfaatkan kemudahan kad kredit ni untuk dijadikan sebagai sumber pembiayaan yang murah, mudah dan menguntungkan.
Sebuah kad plastik yang mempunyai cip didalamnya yang membenarkan penama atau pengguna yang memilikinya berbelanja sehingga satu tahap atau had yang tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak institusi kewangan. Setiap bulan, akan dihantar penyata perbelanjaan kepada kita. Dan boleh la kita berkira2 untuk membayarnya dengan kadar penuh atau sekurang2nya minima 5%. Itu la kad kredit.
![]()
Satu nasihat kepada pengguna kad kredit agar mengambil tahu apa itu ’statement date’ dan ‘due date’ untuk kad kredit. Kebiasaannya tempoh statement date ke due date adalah 20 hari. Mana lagi 10 hari? Ya, balance 10 hari tu dikenali sebagai ‘cooling period’. Barang diingat, penggunaan yang berkesan dan menguntungkan pengguna adalahpenggunaan dalam tempoh statement date ke due date. Biasanya kadar faedah dalam tempoh ini adalah 0%.HARAM sekali-kali menggunakan kad kredit anda dalam tempoh cooling period. Nescaya akan adalah sebarang kadar faedah yang akan dikenakan.Berapa %?Tak banyak 1.5% je dari balance hutang kita sehingga jumlah keseluruhan hutang diselesaikan. Ye ke? Ye la kot…Hik…Hik…Tu belum caj yuran tahunan lagi tu…
Tapi bukan la saya melarang pakai kad kredit, tapi kalu kene cara, menguntungkan sebenarnya. Pakai lebih dari satu pun ok kalu kene cara. Macamana ek? Saya andaikan kita menggunakan kad lebih dari 4.
- Kad kegunaan harian - Gunakan hanya 2 kad kredit (kad A & kad B) sahaja mengikut tarikh penyata kad tersebut.
- Kad keluaran tunai - Gunakan 2 kad kredit (kad C & kad D) yang berlainan sebagai ’standby’ untuk pengeluaran tunai pada waktu kecemasan.
- Kad yang dipindah baki - Lain2 kad yang lebih ( kad E,F,G,H-terpulang kepada anda dan mesti lebih dari kad kegunaan harian) digunakan untuk kemudahan baki dipindahkan atau balance transfer.
Mudah bukan? Adalah penting diingatkan disini bahawa kad kredit tidak bijak untuk dibelanjakan sesuka hati. Akibatnya, sudah pasti menyeksakan jika tidak dikawal. Bagaimana jika kita mampu mengawal perasaan dan kewangan dengan betul, penggunaan kad kredit yang bersistematik adalah menguntungkan. Kenapa tidak? Kita tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak. Wang kita adalah lebih baik disimpan atau dilaburkan ditempat yan boleh mendatangkan lebih keuntungan.
Berhati-hatilah. Kawallah nafsu beli anda. Huhuhuuuuu…























Mar 3, 2009 at 16:57:03
thanks for the info
Nov 22, 2009 at 13:21:50
Anak murid aziz ni.ayat sejibik je mcm dlm buku dia..
Nov 25, 2009 at 01:53:55
hahaaa…mungkin kita di jalan yg sama…
just sharing…
Dec 11, 2009 at 04:02:55
betul la shahrul
ayat memang sama dgn azizcfp
mungkin ni la klon azizcfp yang di katakan
Dec 26, 2009 at 22:18:06
salam,
penipu…nama pun bagus…apa2 pun terima kasih la komen2 anda tu…saya kat sini just nak sharing dengan semua orang…apa yang saya tahu saya akan share…ye…saya memang anak murid azizcfp…so???saya x kacau korang…jangan korang pulak berlagak pandai…kalu ada ilmu tu jangan la nak berlagak…hidup hanya sekali…buat la amal bebanyak…insyaallah berkat apa yang kita belajar…