Nov
21st

Microsof Excel - Adakah anda semua mahir Excel?

Author: admin | Files under Ebook, Produk Terbaik

Salam,

Bertemu kembali pada ruangan blog saya ni, diharap agar anda semua sihat walafiat. Maklum la sekarang ni musim hujan yang melanda terutama di pantai timur dengan banjir dan ribut. Biasa la dah musim dia.

Apa yang nak saya kongsi hari ini, rakan IM, iaitu saudara Wanzpyra dan saudara Rahman Basri yang baru saja melancarkan produk yang menjadi kegunaan untuk mereka yang memerlukan dalam melakukan kerja-kerja seharian tidak kira ditempat kerja mahu pun dirumah. Rahsia Mahir Excel merupakan ebook panduan untuk kita semua memahami Microsoft Excel dengan mudah.

Microsoft Office Excel 2007 merupakan perisian hamparan kerja electronik yang diperkenalkan oleh syarikat Microsoft digunakan untuk mengolah dan menganalisa data ke dalam bentuk yang lebih tersusun seperti dalam bentuk jadual, carta atau graf. Ia juga mampu melakukan sebarang operasi pengiraan matematik seperti Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi.

Fungsi utama hamparan kerja adalah untuk membina fail dalam bentuk Baris ( Row ) dan lajur ( Column ). Contohnya Penyata Akaun, Buku Lejer, Analisa Statistik, Markah Pelajar, Prestasi, Jadual Pemakanan dan banyak lagi. Anda boleh menyunting hamparan kerja dengan mudah seperti menambah lajur, membetulkan ejaan, melebarkan lajur, membuang baris, menyusun senarai tanpaperlu menaip semula kesemua data dalam sesuatu fail. Amat mudah dan menjimatkan masa.

Senang cerita dengan excel anda boleh :

  1. Menyusun data mengikut keinginan anda tanpa perlu merosakkan hamparan kerja.
  2. Menyusun senarai mengikut pencapaian tertentu semudah ABC.
  3. Mengubah lebar lajur mengikut keperluan anda.
  4. Menambah baris baru dengan mudah tanpa perlu memadam sebarang data.
  5. Membuat pengiraan dengan mudah, pantas dan tepat.
  6. Melukis carta dengan hanya beberapa klik.
  7. Membantu mengurangkan pencemaran kertas.

Screen Shoot isi kandung ebook Rahsia Mahir Excel.

Apa yang menarik, setelah anda membaca dan mempraktikkan panduan Rahsia Mahir Excel ini, saya percaya anda semua akan :

  • Mengenali perisian Excel dan memahami keupayaanya sebagai perisian yang memudahkan sistem pengiraan.
  • Memahami cara membuka dan menutup perisian Excel.
  • Mengenali elemen-elemen asas dalam Excel.
  • Mengetahui cara untuk membina fail baru dalam Excel.
  • Mengetahui cara untuk memasukkan data atau maklumat mengikut sel yang ditentukan.
  • Mengetahui cara untuk menambah atau membuang baris dan lajur.
  • Mengetahui cara untuk menyimpan Excel mengikut langkah yang betul.
  • Mempelajari cara untuk menyusun data secara menaik atau menurun.
  • Mengetahui cara untuk menggabungkan sejumlah sel Excel.
  • Mengetahui cara menambah border pada sel Excel.
  • Mengetahui cara membuat pengiraan menggunakan Formula dan Fungsi.
  • Mengetahui cara-cara menganalisa data menggunakan carta.
  • Mengetahui cara untuk mencetak hamparan kerja yang telah dihasilkan.
  • Dan banyak lagi perkara-perkara asas yang perlu anda tahu mengetahui Excel.

Bagi saya ianya amat mudah sekiranya kita ada panduan dalam memahirkan sesuatu. Masa yang diambil sekiranya kita belajar sendiri mungkin 1 tahun. Tapi dengan panduan ini mungkin hanya tidak sampai 1 minggu sahaja dah mahir menggunakan perisian tersebut. Maka, banyak masa dapat diselamatkan. Terutama kepada pelajar-pelajar IPT yang masa mereka tidak banyak untuk mengkaji ini semua.

Dengan membeli panduan ini juga, anda akan diberi BONUS pembelian yang menarik iaitu :

  1. Perisian Alternatif Microsoft -  Bagi anda yang masih belum memiliki perisian Microsoft Excel, Perisian Open Office ini boleh menjadi perisian alternatif anda. Perisian yang amat mesra pengguna. Antaramuka yang tampak lebih simple dan kemas.
  2. Case Study Autoresponder Norabot - Casestudy Norabots ini bakal membongkar rahsia seorang Newbie yang berjaya memanipulasi sistem Norabotsehinggan mampu menjana pendapatan sampingan yang cukup lumayan, tanpa perlu berhadapan dengan masalah ‘ email delivery rate ‘ yang lambat.
  3. Panduan Domain dan Hosting - Ramai pengguna internet yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet seringkali mengeluh kerana tidak mempunyai modal yang cukup bagi memulakan perniagaa. Menyewa domain dan hosting berbayar adalah suatu yang cukup berat bagi mereka yang masih baru dalam bidang ini. Ebook ini akan mengupas dengan lengkap bagaimana langkah untuk memiliki Domain dan Hosting secara PERCUMA.

Tidak rugi sekiranya anda mendapatkan panduan Rahsia Mahir Excel ini. Banyak faedah yang dapat serta bonus-bonus ekslusif yang mempunyai nilai yang tidak terbeli. Cepat dapatkan dengan kadar segera.

Sekian.

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

3 responses. Wanna say something?

  1. User Gravatar
    rahmanbasri
    Nov 22, 2009 at 00:11:37
    #1

    Review yang menarik. Terima kasih atas sokongan anda…

  2. User Gravatar
    yuzmir
    Nov 22, 2009 at 02:58:25
    #2

    heheee…tokey pun komen yek…
    ape2 pun terima kasih juga…

  3. User Gravatar
    Pakcikayo
    Mar 29, 2010 at 13:28:56
    #3

    Salam, buku ni cam best.. ye la pasal lam bahasa .. sbb aku punya guides lam bahasa inggeris.. tu jadi sedikit lesu nak membaca tuh..

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory