Nov
27th

7 Kebijaksanaan dan Keistimewaan Manusia

Author: admin | Files under Motivasi

Salam,

Hari ini kerja saya amat simple tapi boring plak rase. Maklum la sepanjang hari saya berada di workshop kontraktor untuk membaik pulih equipment penting di plant saya. Mahu tak boring, hanya duk supervise je pekerja2 workshop yang sedang menyelenggara. Tapi mereka semua tu bukan calang2 orang. Masing2 mempunyai skill2 yang power yang jarang didapati oleh kita semua. Dan terdetik la dalam hati saya tentang betapa manusia ni mempunyai pelbagai keistimewaan.

7 kebijaksanaan dan keistimewaan manusia satu tajuk yang nak saya kupas ni. Mengikut kajian susah untuk seseorang itu mempunyai keistimewaan untuk mengusai kesemua 7 keistimewaan itu. Paling banyak pun cuma 2-4 keistimewaan sahaja.  Apa keistimewaan dan kebijaksanaan itu?

  1. Kebijaksanaan Lisan - Seseorang yang suka akan penulisan dan pembacaan dan amat bagus didalam menerangkan sesuatu. Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif, perkataan baru dan sebagainya. Minat untuk menambah perbendaharaan kata. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; penulis, novelis atau pelakon.
  2. Kebijaksanaan Visual / artistik - Bijak dalam menggunakan carta dan simbul untuk menerangkan sesuatu fakta.  Dapat menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh membayangkan sesuatu . Sukakan gambar dan suka mendemonstrasi untuk memahami sesuatu. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; penerbit buku bergambar,halaman web atau pengarah sinematografi.
  3. Kebijaksanaan Fizikal - Menpunyai penghayatan dan belajar menerusi perbuatan. Seterusnya mengaplikasikan dengan melakukan sedikit praktikal. Merasakan perlu mempelajari sesuatu secara bergerak. Aktiviti gerak kerjadijadikan sebagai kegemaran. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Penghibur yang merangkumi ahli silap mata, stuntman atau pun sebagai koreografer.
  4. Kebijaksanaan Muzikal - Musik adalah satu kegemaran. Mudah untuk menghayati dan menghafal lirik dengan mudah. Mempunyai deria semulajadi kepada tempo dan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat peka kepada sebarang bunyi. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Komposer lagu atau penyanyi.
  5. Kebijaksanaan Matematikal dan Logikal - Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan mengikut tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang logik. Mencari corak dan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahir di dalam membuat penganalisaan., pengiraan , perancangan . Fikirkan satu-satu perkara agar dapat difahami. Bercakap mengikut susunan : “Pertama…Kedua….dan ketiga…”. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ;Usahawan dibidang teknologi maklumat, komputer dan usahawan bidang kejuruteraan.
  6. Kebijaksanaan Diri Dalaman - Seseorang yang suka menyendiri di tempat2 sunyi dengan mencari ketenangan untuk berfikir. Faham akan motif diri sendiri dan sebab2 dalam melakukan sesuatu.  Gemar untuk berangan-angan akan sesuatu idea dan mengembara perasaan dalaman diri sendiri. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Ahlifalsafah dan Psikologi atau pun Penyair dan Penyajak.
  7. Kebijaksanaan Pergaulan ( Interpersonal ) - Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding dengan ramai orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung dengan orang lain. Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramai kawan, berpasukan, bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidang perniagaan yang mempunyai potensi sebagai ; Pengacara TV atau Pakar Perunding.

Kesemua insan2 yang mempunyai karektor diatas mempunyai aya yang tersendiri jika melakukan sebarang perniagaan terutama dalam perniagaan online. Idea2 yang yang tercetus adalah dari limpahan idea2 yang banyak. Ini akan dapat menghasilkan satu perniagaan yang boleh memberi kepuasan malah imbuhan yang banyak.

Saya percaya ramai dikalangan kita yang mempunyai idea2 yang dapat disumbangkan mahupun diadaptasikan didalam perniagaan maya mahu pun perniagaan fizikal. Ayuh. Fikirkan apa yang terfikir. Nescaya usaha itu akan membuahkan hasil yang canggih dan lumayan. Huhuuuuu…Adiosss….

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory