Feb
26th

Tips-tips Pemasaran Produk di Facebook.

Author: admin | Files under Facebook

Salam,Apa khabar semua. Moga sihat-sihat semua hendaknya. Semenjak dua menjak ni saya jarang nak update blog ni. Ntah la, mungkin komitmen lain lagi sibuk kot? Heheee. Apa pun kalau ada masa saya cuba jugak untuk update. Insyaallah.Kali ni saya nak kongsi sedikit pasal laman sosial no. 1 masa sekarang ni, Facebook. Boleh dikatakan semua orang ada akaun facebook. Tanpa mengira tua, muda, kecil, besar, lelaki, perempuan dan semua bangsa ada mempunyai akaun facebook. Fuh. Makin kaya tokey facebook ni. Satu dunia tuuu. Ada yang bersosial, ada yang mencari rakan lama, ada yang mencari kenalan, ada yang berbisnes dan macam-macam la. Pendek kata semuanya ada dalam facebook ni.

Apa yang saya nak fokus ni hanyalah untuk sesiapa yang menjalankan aktiviti bisnes di fasebook. Ya, saya nak kongsikan sedikit tips-tips pemasaran di facebook. Mungkin tips-tips ni boleh membantu anda semua untuk memasarkan barangan yang anda jual, atau mungkin disebabkan tips ini ada idea untuk anda jalankan bisnes di facebook. Manalah tau kan?Tips-tips pemasaran :

  1. Umumnya, tujuan sebenar facebook ni adalah untuk networking. Dengan kata lain untuk bersosial, berkenalan dan berkomunikasi.
  2. Mampu membuatkan orang mengenali dan jelas dengan kita seperti produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Ini adalah wajib dan penting.
  3. Sertai mana-mana group yang berkaitan bisnes kita, add friend dari group tersebut. Jangan lupa bagitau yang kita merupakan member group tersebut. Langkah ini boleh membuatkan kita menambah kenalan tanpa membuatkan mereka ragu-ragu dengan kita.
  4. Komunikasi pertama amat penting, walaupun hanya dengan ucapan salam perkenalan atau terima kasih. Jangan terus mempromosikan barangan kita.
  5. Gunakan fungsi photo, video mahupun notes sebaik-baiknya. Mengapa? Kerana orang suka melihat apa yang kita lakukan dari semasa ke semasa.
  6. Jika anda mempunyai kamera atau webcam, boleh terus rekod video dengan menggunakan fungsi video recorder di facebook.
  7. Tagging merupakan fungsi yang menarik. Gunakan fungsi itu sebaik mungkin. Hanya tag pada yang berkenaan. Jangan tag pada mereka sembarangan.
  8. Maklumat yang diberikan hendaklah mempunyai nilai yang tersendiri. Ini akan membuatkan kita disenangi. Kurangkan promosi, tetapi banyakkan ’sharing’.
  9. Interrasikan akaun facebook anda dengan twitter dan blog.
  10. Semakin kita rapat dengan member facebook, maka semakin kita mendapat perhatian.
  11. Hanya menyemak email pelanggan kita, dapat menambah bilangan friend. Jangan lupa add dan bagitau mengenai anda.
  12. Buat Group atau Fan Page anda sendiri kerana ianya mempunyai banyak kelebihan berbanding akaun personal.
  13. Berikan ucapan-ucapan yang baik sempena ulangtahun kelahiran friend anda. Ia merupakan salah satu cara untuk berinteraksi dengan friend facebook anda.
  14. Fungsi Event adalah salah satu fungsi yang menarik dan banyak pihak mahupun individu yang berjaya mendapatkan peserta untuk program-program yang dianjurkan.
  15. Kebanyakan orang takut untuk membeli melalui internet kerana sukar untuk dipercayai termasuklah jual beli di facebook. Maka, wujudkan kepercayaan dengan testimonial pelanggan yang sedia ada, atau pun berkomunikasi dengan mereka, muat naik photo atau video berkaitan.
  16. Bahasa memainkan peranan yang penting. Penggunaan bahasa seperti bahasa pasar, bahasa sms (shortcut), mahasa kasar mahupun bahasa yang kurang difahami hendaklah dielakkan. Bina kreadibiliti sendiri bagi menarik minat rakan facebook anda bertukar kepada pembeli.
  17. Fungsi chat yang terdapat dalam facebook juga jika digunakan dengan betul boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dengan chat juga dapat menyelesaikan persoalan yang timbul para pelanggan anda.
  18. Pelbagai bentuk penulisan ada di facebook. Masukkan unsur-unsur humor, fakta,statistik, pendapat, berita, link ke artikel, persoalan dan pelbagai bentuk lagi.
  19. Jadikan prospek atau pelanggan anda itu sebagai kawan, selalu berinteraksi atau berkomunikasi dua hala. Jangan hanya fokus untuk perniagaan saja. Barulah senang untuk kita memasarkan apa jua produk kita.
  20. Hanya menunjukkan sikap yang positif semata-mata. Elakkan sesuatu yang negetif. Jangan melepaskan geram anda atau sesuatu yang kurang elok. Ini akan menunjukkan nilai kita dipandang rendah sebagai usahawan.
  21. Jika tiada idea untuk post, gunakan fungsi Link hanya dengan masukkan lin ( pautan ) ke mana-mana artikel di blog, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai blog sendiri.

Wassalam.

 

3 responses. Wanna say something?

  1. User Gravatar
    salman samin
    Mar 4, 2011 at 19:31:54
    #1

    daftarlah dengan koperasi ko-nusantara

    pendapatan yang lumayan jika mengikuti kami

    sila tel saya :

    en salman : 010-9531698

  2. User Gravatar
    salman samin
    Mar 4, 2011 at 19:33:21
    #2

    daftarlah dengan koperasi :
    sila hubungi en salman :

    tel : 010-9531698

  3. User Gravatar
    buat duit
    Jul 6, 2011 at 03:43:01
    #3

    Tag gambar dengan tujuan untuk promosi tidak berapa sesuai..

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory