Bila disebut perkataan “Social Network”, pasti anda akan terbayang laman web seperti myspace, friendster, forum dan sebagainya.
Facebook juga adalah salah satu laman web yang dikategorikan sebagai laman “social network” di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan email atau komen di halaman utama akaun Facebook anda atau rakan anda.
Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah laman web untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan baru sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Tanggapan ini adalah salah.

Facebook boleh digunakan untuk perlbagai tujuan.
1) Facebook sebagai pembina kredibiliti
Di dalam perniagaan internet, terlalu ramai penipu yang menyatakan bahawa mereka menjalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa atau pun berinteraksi dengan mereka sekali pun. Jika anda lakukan carian di Google pun, anda tidak akan dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka.
Tetapi jika anda mempunyai akaun Facebook yang anda selalu kemaskini dari masa ke semasa, anda sebenarnya memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tidak cuma berselindung di sebalik laman web jualan yang statik.
2) Facebook sebagai pembina jaringan bisnes
Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud ‘network marketing’ atau program berbilang tingkat. Ianya bermaksud jaringan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu satu sama lain.
Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan (atau ‘groups’) di mana fungsinya ialah untuk menarik sesuatu kumpulan yang berminat untuk sesuatu subjek untuk berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan peniaga lain untuk menyertai kumpulan anda.
3) Facebook Sebagai Medium Untuk Memasarkan Produk
Sebenarnya ada banyak cara anda boleh memasarkan produk atau servis anda melalui Facebook. Cara paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link) ke laman web anda di bahagian “Link” atau taipkan sahaja di ruangan “What’s on your mind?”.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sumbangan maklumat yang lain, mungkin cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selang selikan iklan anda dengan maklumat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas.
Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum “Advertise” yang membolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis yang anda tawarkan. Ebook “Panduan Facebook Ad” menceritakan cara pemasaran ini dengan lebih lanjut.
Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang dapat
menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang digemari oleh usahawan internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri).
Walaupun saya cuma berikan beberapa contoh di sini sahaja, namun dengan sedikit kreativiti anda, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook.
Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan berinteraksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya.
Beberapa sumber bacaan tempatan di bawah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.
1) Buku “Rahsia Pemasaran Facebook” oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapati di kedai-kedai buku tempatan. Ianya juga sebuah buku yang baik untuk mula mengenali Facebook.
2) Ebook “Panduan Facebook Ads” oleh Richie di http://www.proinfo2u.com/autores/cl/?r=770cebd5fc7f8d5cb057567aa378283b
3) Ebook terbaru Richie, “Kuasa Viral Facebook” yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pemasaran di http://www.proinfo2u.com/autores/cl/?r=e466d21d1b7fbb01c30cb7536ec8206a
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.























May 29, 2009 at 01:18:58
Saya pun baru je join FaceBook nih. Ramai juga IM lain yang join dan jadikan FB sebagai medium pemasaran dan bernetworking.
Add saya sebagai kawan di FB http://profile.to/mohdramli
May 29, 2009 at 03:29:34
Bagus kn olie Facebook ni???mcm2 ada…
dah add dah…br sat-sat…accept je…
pada semua juga bley add sy di http://twitter.com/yuzmir
May 29, 2009 at 15:41:40
maaf, sy tak ada akaun FB
terimakaish singgah blog
May 29, 2009 at 21:27:33
bukan salu budak2 ni bukak facebook ke ape ke tah tu nak cari gf/bf ker..ceh
May 30, 2009 at 01:20:19
haha…aku walaupun ada akaun FB tak bape nk aktif di sana…aku tak tahu la nak buat apa kat F tu
May 30, 2009 at 03:08:37
@Jie : xde FB xpe leh join…banyak untungnye…ramai gak IM yg ambil opportunity dr FB ni.
@neon : budak2 cari bf/gf tu biarkan la…kita gune la FB ni untuk benda2 yg menghasilkan keuntungan…tp kalu neon nk cr bf pun bley gak…
@Active Blogger : aku pun sebenarnye baru je aktifkan FB ni…huhuuu…buat je la ape2 yg patut…
May 30, 2009 at 14:53:33
actually FB nie antara laman web sosial yang blogger patut ada selain TWITTER….
May 30, 2009 at 14:55:24
baru2x nie ade syarikat IT dari RUSIA dah melabur duit kat FACEBOOK - pastinya diorang nampak potensi besar yang ade pada FACEBOOK nie…
May 31, 2009 at 00:46:11
@hazman : ha’ah…betul la tu…
@kisahsensasi : oh ye ke???aku pun x tahu…info ni…thanx…heheee…
May 31, 2009 at 14:00:06
potensi gle besar. aku pnah try create kuiz kt ctu, dalam masa seminggu 2000 orang yg guna. skrg tgh rajin2 godek2 utk create application. hooh. susah.. merangkak lagi
May 31, 2009 at 23:44:49
huh…satu lg info yg menarik tentang FB…mekaseh ubey…
itu mungkin hanya sikit je godek2…kalu betol2 mahu meletup FB…
Jun 3, 2009 at 10:51:04
dalam banyak2 SN
Fb paling kehadapan
Jun 5, 2009 at 14:30:55
paling kehadapan dan keatas…
huhuuu…
ada kelas tersendiri…
Jun 6, 2009 at 03:45:09
Adess…baru tau nie…lepas nie kene bukak acc Fb ler nie…thanx for da info bro….
Jun 8, 2009 at 02:16:13
huhuuu…kompom kene bukak bro…