Jan
30th

Ebay / Lelong di internet harus?

Author: admin | Files under Ebay

Salam,

Dah msk 9 ari dah tak update blog ni. Bz sket sekarang ni. Nak kate gawat penyebabnya tak jugak. Sebenarnya baru balik dari bercuti. Tapi dalam Malaysia je la. Nak pi  Korea tak pandai cakap Korea. Nak pi Rusia pun same gak tak pandai bahasa Rusia. Huhu. Kepada kaum cina tu tak terlambat lagi nak wish diorang kot. Hepi chinese new year. Banyak makan limau?  Dalam masa bercuti baru ni banyak cabaran. Sakit kepala den dibuatnya. Maklum la kereta lak putus timing belt kat atas highway. Tengah malam lak tu. Aduuusss. Sakit kepala tol. Tapi dah ok ler. Mau kering poket dibuatnya.

Tapi apa yang nak dikongsi tu, time baca paper ada la terbaca satu tajuk yang dikomen dari Ustaz Yuzmir Ustaz Zaharudin tentang Lelong di internet. Tertarik la jugak untuk membacanya. Memandangkan sekarang ni banyak sangat jual beli kat internet ni. sebaik2 nak gak tahu hukum hakam jual beli kat internet. Saya percaya ramai yang tak tahu. Yang nak saya tekankan adalah jual beli di ebay. famous jual beli kat sini. Sape tak kenal dengan ebay kan?

 

Al-Muzayadah adalah jual beli secara lelong dalam islam. Dari segi bahasa membawa maksud ‘ saling naik menaik ‘. Dalam konteks jual beli lelong ini, bakal pembeli cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual dan sesiapa yang menawarkan harga tertinggi dikira pemenang. Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung dibawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami sudah mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat2nya. Antara resolusi itu ialah :

  1.  Setiap proses selanjutnya ( selepas menang ) seperti cacatan secara bertulis, syarat pembayaran, pentadbiran dan undang2 mestilah tidak bercanggah dengan hukum syariah.
  2. Penganjur dan penjual dibenarkan meminta jaminan dari mereka yang turut serta dalam majlis lelongan.
  3. Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan syarat ia tidak melebihi nilai sebenarnya.
  4. Diharamkan penjual atau penganjur melakukan bidaan palsu supaya harga lelongan naik. Ia inamakan An-Najash yang diharamkan secara jelas oleh Nabi SAW.
  5. Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran kononnya jualan ditahap sangat murah.
  6. Penjual mempromosi kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga, sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.

Tentang hukum lelong di ebay pula, ustaz Zaharudin menyatakan yang hukum pembelian melalui laman web itu harus selagi barang yang dibeli bukan emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai ( bukan yang antik tanpa nilai ). Pembelian ketiga2 barangan berkenaan diwajibkan untuk serah dan terima secara serta merta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses tertentu. Namun ada fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama 3 hari dari tempoh pembelian. Ia pandangan mazhab Maliki berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu ” apa2 yang hampir dengan sesuat, maka akan mengambil hukum sesuatu itu “. ( Asbah wa Nazair, as-Suyuti, hlm 82 ).

Kesimpulan hukum membeli melalui ebay adalah :

  1. Dibenarkan atau harus untuk membeli di laman web ebay kecuali pembelian 3 barangan iaitu emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai ( bukan yang antik tanpa nilai ).
  2. Dibenarkan atau harus untuk menjual dilaman web ebay. Namun komisyen yang diambil oleh paypal dan pengendali ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun caj berkenaan mesti diketahui cara kiraan dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat. Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah harus kerana ia diluar kuasa dan tanggungjawab penjual.
  3. Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram walaupun pembeli membayar harga on time kepada pengeluar kad. Ini kerana setiap pembeliannya memberi komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.
  4. Paypal : Pembayaran melalui paypal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia ka yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui paypal turut haram.
  5. Tempoh serah : Mestilah iketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.
  6. Jaminan : Penjual mestilah diketahui atau boleh dihubungi jika barangan dibeli masih tidak sampai melepasi tempoh dijanjikan.
  7. Jaminan atas kerosakan atau aib : Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rui dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Tindakan dan peruntukan anti rui ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.

Semoga penjelasan diatas sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama dan membuatkan pelelong dan pembeli ebay merasa lega hendaknya. Maklum saja la sekarang ni banyak sangat penipuan yang bermacam jenis dan bentuk. Mata pun dah mengantuk ni. Mujur esok tak kerja. Boleh la balas dendam tidur. Heheeee…Bye…

Bookmark This Article:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • YahooMyWeb

4 responses. Wanna say something?

  1. User Gravatar
    olie
    Jan 31, 2009 at 09:38:39
    #1

    eBay memang pusat jualan online yang terbesar dan menjadi ‘lubuk’ duit bagi sesiapa yang tahu. Saya nak komen tentang perkara [4} berkaitan bidaan palsu. Memang ada peniaga yang membuat bidaan palsu ini dengan tujuan untuk menaikkan harga bidaan sesuatu lelongan. Biasanya, mereka ini akan buat satu lagi ‘id’ dan membuat bidaan palsu atas lelongan mereka sendiri. Ada juga yang suruh kawan-kawan mereka untuk membuat bidaan palsu. Bagi mengenalpasti peniaga yang tidak bertanggungjawab ini, selalunya mereka hanya menjual 1 atau 2 barangan sahaja dan mereka yang membuat bidaan palsu ini biasanya tidak ada menjual apa-apa barangan di eBay.

    Dinasihatkan, sebelum membuat pembelian atau membuat bidaan lelongan, siasat dahulu latar belakang peniaga dan barangan yang dijual oleh peniaga tersebut.

    Untuk kepastian dan tips-tips berkaitan eBay, rujuklah pada yang pakar.

  2. User Gravatar
    yuzmir
    Feb 1, 2009 at 02:29:05
    #2

    panjang tol ko nye komen…hahaa…
    tp ape yg ko komen tu mmg btol…
    masing2 punye matlamat…
    tp biar la kita cari yang halal je…
    baru idup pun sempurna…

  3. User Gravatar
    spatt
    Feb 2, 2009 at 13:24:07
    #3

    xpernah lak aku buat bidaan palsu…
    buang masa la…
    apekah salahnye kite brgantung pada market, promosi dan salespage je…
    huhu

  4. User Gravatar
    yuzmir
    Feb 5, 2009 at 16:27:17
    #4

    jangan dibuat menda yg salah bro…
    untung la mula2…
    ruginye tak nmpk…
    sedikit2 ditarik…

Post a Comment

BlogMalaysia.com

Blog Kita
All Malaysian Bloggers Project
Check PageRank
Free Counter
Free Counter

Search Engine Optimization and SEO Tools
Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory