Salam,
Post ni mungkin agak simple, tapi harap2 dapat diselami dengan jayanya untuk sesiapa yg masih belum tahu apa itu affiliate marketing. Saya percaya masih ramai yg belum mengetahui apa itu affiliate marketing.
Affiliate ialah satu program perkongsian keuntunganyang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk atau perkhidmatan. Tugas anda cuma menawan atau menarik pelanggan untuk menghantar atau pun melawat pelanggan secara online mahupun offline. Andaikata pelanggan tadi teruja dengan produk tersebut dan melanggan, anda akan dapat komisyen dari pembelian tersebut. Ada juga program yang hanya memerlukan anda menghantar prospek, dan prospek hanya perlu mengisi borang atau pun berdaftar, dan anda dibayar komisyen.


95% dari affiliate program yang disertai adalah percuma. Untuk menyertai program affiliate ini agak mudah, tapi untuk mendapatkan hasilnya bukanlah semudah disangka. Anda harus mengkaji, mempelajari dan mendalami selok belok program ini supaya usaha anda berbaloi dengan komisyen2 yang dijanjikan.
Pemasaran affiliate merupakan proses keseluruhan penyertaan program affiliate, mempromosikannya dan menjana komisyen daripada usaha anda. Pemasaran affiliate mempunya istilahnya sendiri dan mempunyai kaitan rapat dengan kaedah pemasaran yang lain seperti :
- Pembinaan laman web dan SEO
- Penulisan blog dan podcasting
- Pengiklanan Pay-per-click
- Pemasaran Email / safelist
- Pemasaran Multi-level
Walaubagaimanapun, apa jua kaedah yang anda gunakan, matlamat utama adalah untuk menghasilkan jualan dan mendapatkan komisyen. Apabila anda menyertai sesebuah program affiliate, anda akan dirujuk sebagai affiliate kepada pemilik produk tersebut, yang mungkin juga mempunyai ratusan ahli affiliate yang lain yang mempromosikan produk yang sama.
Untuk menyertai program ini adalah lebih baik mengikuti langkah2 berikut :
- Kenalpasti syarikat yang menawarkan program affiliate yang ingin anda sertai.
- Baca, faham dan setuju terma dan syarat yang ditetapkan semasa mendaftar.
- Masukkan link affiliate anda ke dalam website atau blog anda untuk menghubungkan pelanggan dengan website syarikat tersebut.
- Perolehi komisyen anda ( jika ada ).
Terdapat beberapa marketplace ( merujuk kepada pemilik produk sebagai pengiklan atau vendor dan affiliate sebagai penerbit ) yang membenarkan anda mendaftar secara percuma :
Antarabangsa :
Tempatan :
Itulah antara serba sedikit permulaan untuk kita memulakan program affiliate. Insyaallah pada post akan datang saya akan detailkan lagi bagaimana untuk mempromosi program ini setelah anda mendaftar dengan program ini. Wassalam.














Apr 8, 2009 at 20:10:08
aku pn sekarang ni nk berjinak2 dgn affiliate program bro..tp kene byk blaja lg la..
Apr 9, 2009 at 04:04:11
belajar bro jgn tak belajar…ade mase pulun abis…
income tak tunggu kite…kite kene kejar sampai dapat…
Apr 10, 2009 at 20:59:21
hehe…aku pun baru nak belaja tentang affiliate nie…masih dalam proses.
Apr 10, 2009 at 22:00:57
huuuu…bagus tu bro…blaja…jgn x blaja…

ilmu tuuu…katam je trus generate…usah tunggu lama2…rugiii…
Apr 11, 2009 at 17:07:56
ada 3 blog
ingat salah satu nk tukar blog affiliate la..tak pernah try pun
Apr 11, 2009 at 21:24:59
tukar jee…mudah2an ade hasil…
sape tau tuah manusia???
Apr 16, 2009 at 15:49:53
Jika kita tiada produk sendiri untuk dipromosi, menjadi affiliater untuk produk orang lain memang pilihan tepat.
Selain program affiliate, kita juga boleh jana pendapatan melalui program PPL (pay per lead) yang akan membayar kita untuk setiap ‘lead’ (email) yang terhasil dari link kita.
Terbaru, BackYardStach menawarkan program PPL yang akan membayar USD 1 Dollar per lead. Kalau berminat, boleh join melalui link ini http://a.gd/e50cce
Apr 18, 2009 at 21:47:53
ahaaa…dan banyak lg laaa…
CPA salah satu yang agak menaik sekarang nih…
boley la ushar2 tgk…
Apr 30, 2009 at 03:27:01
Suka bab affiliate marketing nih. Sy pn tgh belajar gak, learn n practice to gain sumthing. Nice n informative article bro. TQ!